pharmacopeia | farmakopeia | Perubatan | Tiada | Tiada |
pharmacopoeia | farmakopeia | Farmasi | Tiada | Tiada |
pharmacopoeia | farmakopeia | Herba | Fitokimia | Karya berautoriti mengenai drug dan penyediaannya dalam bentuk buku. Karya ini mengandungi senarai bahan yang digunakan dalam ubat bersama deskripsinya, ujian kimia untuk menentukan identiti dan ketulenannya, formula bagi campuran tertentu zat, serta keterangan mengenai purata dos. Karya ini boleh digunakan sebagai rujukan untuk menghasilkan sediaan herba yang piawai. |
pharmacopeia | farmakopeia | Perubatan | Tiada | Terbitan rasmi yang mengandungi maklumat tentang dadah; maklumat ini antaranya termasuklah peraturan penyediaan dadah, sediaan yang dapat diperoleh, ujian kimia untuk mengenal pasti dadah dan ketulenannya serta formula bagi pecahan untuk campuran tertentu; maklumat ini juga mengandungi kenyataan tentang dos terapeutik dan toksik. |
friability test | ujian kerepuian | Farmasi | Farmaseutik | Ujian kawalan mutu bagi tablet. Sifat ini mesti diukur berdasarkan spesifikasi dalam bahan rujukan piawai seperti farmakopeia sebelum tablet boleh dipasarkan. Lihat juga kerepuian tablet. |
tablet friability | kerepuian tablet | Farmasi | Farmaseutik | Sifat mudah hancur sesuatu tablet. Sifat ini mesti diukur berdasarkan spesifikasi dalam bahan rujukan piawai seperti farmakopeia sebelum tablet boleh dipasarkan. |
tablet hardness | kekerasan tablet | Farmasi | Farmaseutik | Sifat sukar pecah bagi sesuatu tablet. Sifat ini mesti diukur berdasarkan spesifikasi dalam bahan rujukan piawai seperti farmakopeia sebelum tablet boleh dipasarkan. Lihat juga kerepuian tablet. |
disintegration test | ujian pengecaian | Farmasi | Farmaseutik | Ujian untuk menentukan kadar pengecaian. Ujian ini merupakan salah satu ujian kawalan mutu yang dilakukan ke atas bentuk dos tablet. Sifat ini mesti diukur berdasarkan spesifikasi dalam bahan rujukan piawai seperti farmakopeia sebelum tablet boleh dipasarkan. Lihat juga pengecaian. |
dissolution test | ujian pelarutan | Farmasi | Farmaseutik | Ujian untuk menentukan kadar pelarutan. Ujian ini merupakan salah satu ujian kawalan mutu yang dilakukan ke atas bentuk dos tablet. Sifat ini mesti diukur berdasarkan spesifikasi dalam bahan rujukan piawai seperti farmakopeia sebelum tablet boleh dipasarkan. Lihat juga pelarutan. |
hardness test | ujian kekerasan | Farmasi | Farmaseutik | Ujian untuk menentukan tahap kekerasan. Ujian ini merupakan salah satu ujian kawalan mutu yang dilakukan ke atas bentuk dos tablet. Sifat ini mesti diukur berdasarkan spesifikasi dalam bahan rujukan piawai seperti farmakopeia sebelum tablet boleh dipasarkan. Lihat juga kekerasan tablet. |