Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[far.ma.seu.ti.kal] | فرماسيوتيکل

Definisi : (farmaséutikal) berkaitan dgn ubat-ubatan atau farmasi: industri ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[far.ma.seu.ti.kal] | فرماسيوتيکل

Definisi : /farmaséutikal/ berkaitan dgn ubat-ubatan atau farmasi: industri ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata farmaseutikal


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pharmaceutical codexkodeks farmaseutikalPerubatanTiadaSebuah buku yang mengandungi senarai lengkap dan penerangan hasil farmaseutikal seperti ubat, bahan kimia tertentu, vitamin dan herba. Kodeks farmaseutikal dikeluarkan oleh pihak berkuasa dalam bidang farmasi untuk menjadi rujukan kepada pengguna hasil farmaseutikal.
bioequivalencebiokesetaraanFarmasiFarmakologiPenilaian kesetaraan biologikal in vivo terhadap dua produk farmaseutikal yang mengandungi drug yang sama dan dalam bentuk dos yang sama. Dua produk farmaseutikal tersebut dianggap biosetara sek:iranya kesan yang dihasilkan adalah serupa dari aspek keberkesanan dan keselamatannya apabila diberi pada dos molar,bentuk dos danlaluan pemberian yang sama dalam suatu reka bentuk kajian yang terkawal.
infrared dryingpengeringan inframerahFarmasiFarmaseutikProses mengeringkan produk farmaseutikal (contohnya granul) dengan menggunakan sinaran inframerah. Proses ini mengeringkan permukaan dengan lebih cepat tetapi tidak berupaya mengeringkan lapisan dalam kerana sinaran tidak dapat menembusi lapisan tersebut.
generic drugubat generikPerubatanTiadaUbat yang dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal yang bukan pengeluar asal ubat tersebut setelah hak patennya tamat. Ubat generik ini mempunyai komposisi kimia yang sama dengan ubat asli tetapi biasanya mempunyai bentuk fizikal yang berbeza. Ia juga akan diberi nama dagang yang berlainan daripada nama dagang asal. Ubat generik adalah lebih murah berbanding ubat asal tetapi mempunyai kesan yang sama.
neutraceuticalneutraseutikalMakanan dan PemakananPemakananSebarang nutrien yang berfungsi sebagai farmaseutikal yang memberikan kesan kepada pencegahan dan rawatan penyakit apabila diambil dalam kuantiti tertentu.
tablettabletFarmasiFarmaseutikBentuk dos pepejal yang mengandungi drug atau bahan aktif farmaseutikal dan eksipien. Tablet biasanya dibentuk daripada serbuk atau granul yang dimampatkan dan mempunyai pelbagai bentuk, saiz dan warna bergantung kepada pengelasan dan kaedah pengilangan.
dynamic precipitatorpemendak dinamikKejuruteraanTiadaPengumpul zarah mampat yang menggunakan daya empar serta bilah berputar dan biasanya digunakan untuk mengumpul habuk dari kilang seramik, farmaseutikal dan lain-lain.
Good Manufacturing Practice (GMP)   Amalan Pengilangan Piawai (GMP)PerubatanTiada

Satu piawaian untuk memastikan proses pengilangan supaya sentiasa mengeluarkan hasil yang bermutu dan dikawal menurut kaedah yang ditetapkan. Ia direka bentuk untuk mengurangkan risiko dalam penghasilan produk farmaseutikal yang tidak dapat dikenal pasti dengan ujian ke atas hasil akhir pengilangan. Risiko berkenaan termasuklah pencemaran yang tak terduga, pelabelan bekas yang tidak betul dan kesilapan kuantiti bahan aktif. GMP merangkumi semua aspek pengilangan seperti bahan mentah, bangunan, latihan dan kebersihan kakitangan. Ia dikeluarkan oleh badan-badan antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) atau badan yang bertanggungjawab dalam kerajaan.

crystallineberhablurFarmasiFarmaseutikSifat pepejal yang mempunyai susunan tiga dimensi pada tahap atomik bagi sesuatu molekul. Sifat hablur boleh dikesan dengan menggunakan pelbagai teknik pembelauan dan pengukuran haba pelakuran. Bentuk yang berhablur ialah bentuk yang paling dikehendaki dalam bentuk dos farmaseutikal kerana sifatnya yang seragam, boleh ulang semula dan kurang higroskopik.
medicines control agencyagensi kawalan ubatPerubatanTiadaSebuah badan yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk mengawal dan memantau pengimportan, pendaftaran, pelesenan, pemasaran, penggunaan ubat dan pengumpulan maklumat kesan buruk ubat di sesebuah negara. Di Malaysia, agensi yang memainkan peranan tersebut ialah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan.
12

Kembali ke atas