unlawful interference | gangguan menyalahi undang-undang | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Tindakan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang bagi mendatangkan kemudaratan kepada pihak lain. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, contoh aktiviti gangguan menyalahi undang-undang terdapat dalam peraturan penerbangan awam. Gangguan ini merupakan tindakan atau cubaan untuk melakukan sesuatu yang membahayakan keselamatan penerbangan awam, antaranya termasuklah tindakan merampas pesawat, menyelinap ke dalam pesawat, lapangan terbang atau fasiliti penerbangan yang lain tanpa kebenaran, atau membawa pesawat dengan cara yang boleh menyebabkan kematian atau kecederaan kepada manusia atau kerosakan serius kepada harta benda dan alam sekitar. |