Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fatimah;

Puisi
 

Dari Acheh pergi ke Madinah,
     Sehari semalam tengah laut;
Nangis adik Siti Fatimah,
     Dengar suara Nabi Daud.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Kacip FatimahFicus deltoideaPertanianTiadaSejenis herba daripada famili Myrsinaceae yang hidup liar di hutan dan memerlukan naungan pokok lain. Daunnya berbentuk bujur atau elips lanseolat. Daunnya berwarna hijau tua dan boleh mengeluarkan akar. Bunganya kecil terdapat pada jambak rasem yang panjang, kira-kira 6 cm. Jambak bunga keluar pada celah daun. Bunga berwarna merah jambu atau ungu muda. Buah jenis beri, berbentuk bulat dan berwarna merah apabila masak. Air rebusan keseluruhan pokok diminum sebagai tonik bagi ibu yang baru melahirkan anak. Air rendaman akar dibuat air selusuh untuk ibu-ibu semasa sakit hendak melahirkan anak. Pokok ini juga dibuat ubat untuk merawat gonorea, dismenorea, disenteri, reumatik dan masalah angin.
Labisia pumilakacip fatimahHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan herba daripada famili Myrsinaceae yang hidup liar di hutan dan memerlukan naungan pokok lain. Daunnya berbentuk bujur atau elips lanseolat, dan berwarna hijau tua serta boleh mengeluarkan akar. Bunganya kecil terdapat pada jambak rasem yang panjang lebih kurang 6 cm. Jambak bunga keluar dari celah daun. Bunganya berwarna merah jambu atau ungu muda. Buahnya jenis beri, berbentuk bulat dan berwarna merah apabila masak. Air rebusan keseluruhan pokoknya diminum sebagai tonik untuk ibu selepas bersalin. Air rendaman akarnya dijadikan air selusuh untuk wanita yang sakit hendak bersalin. Pokok ini juga dibuat ubat untuk merawat gonorea, dismenorea, disenteri, reumatik dan masalah angin.
estrogenicestrogenicHerbaPemiawaianEkstrak herba yang mampu bertindak seumpama tindak balas hormon estrogen. Contohnya, ekstrak kacip fatimah (Marantodes pumilum).
herbherbaHerbaPemiawaianTumbuhan berbiji yang batangnya lembut, tidak berkayu dan biasanya bersaiz kecil. Contohnya, kacip fatimah (Marantodes pumilum), misai kucing (Orthosiphon stamineus) dan pegaga (Centella asiatica).
wirawatiwirawatiKesusasteraanTiadaPelaku wanita yang menjadi tumpuan dalam sesebuah karya sastera klasik dan memiliki kebolehan luar biasa. Contoh watak Tun Fatimah dalam novel 1515 karya Faisal Tehrani.
epicepikKesusasteraanPuisiPuisi panjang yang bersifat naratif atau penceritaan tentang seseorang pahlawan, Iazimnya berdasarkan peristiwa dalam sejarah. Contohnya, puisi "Balada Tun Fatimah'' karya Zaihasra.
leucorrhoealeukoreaHerbaPemiawaianLendir yang keluar dari saluran serviks atau vagina sama ada berwarna putih atau kekuningan. Ekstrak daun sirih (Piper betle), kacip fatimah (Marantodes pumilum) dan manjakani (Quercus infectoria) digunakan untuk merawat leukorea.
resorcinolresorsinolHerbaPemiawaianSebatian fenol yang berbentuk kristal, formula C6H6O2 yang diperoleh daripada tumbuhan herba. Sebagai contoh, resorsinol boleh didapati dalam ekstrak kacip fatimah (Marantodes pumilum).
attenuateatenuatHerbaBotani dan BioteknologiBentuk pangkal lai daun yang beransur-ansur menirus ke tangkai daun (petiol). Contohnya, balong ayam (Celosia argentea) dan kacip fatimah (Labisia pumila).
aphrodisiacafrodisiakHerbaPemiawaianHerba yang dapat memulihkan potensi dan fungsi seksual serta meningkatkan keinginan seksual. Contohnya, ekstrak akar tongkat ali (Eurycoma longifolia) dan pokok kacip fatimah (Marantodes pumilum).
1234

Kembali ke atas