Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fé.mur] | فيمور

Definisi : (fémur) (Bio) tulang yg paling panjang dan paling besar di dlm tubuh, yg bersendi dgn lutut di bawah dan pelvis di atas, tulang paha. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fé.mur] | فيمور

Definisi : , = tulang ~ ist tulang yg paling panjang dlm badan, iaitu dr pinggul hingga ke lutut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata femur


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
femoral ringgegelang femurVeterinarPraklinikalPembukaan saluran femur pada abdomen. Gegelang femur merupakan laluan saraf femur dan vesel darah dari peritoneum ke kaki.
femurfemurPerhutananTiadaTiada
femurfemurPerubatanTiadaTulang paha, tulang proksimal pada kaki belakang dalam vertebrat; sendi ketiga dalam serangga, labah-labah dan kaki miriapod, yang dikira dari hujung proksimal.
femurfemur/tulang pahaPerubatanTiadaTulang proksimal pada anggota bawah manusia yang terletak di antara sendi pinggul dengan lutut.
femurfemurBiologiEntomologiSegmen panjang pertama pada kaki serangga, iaitu di antara trokanter dengan tibia.
femurfemurPerubatanTiadaTulang paha atau tulang yang memanjang dari pelvis ke lutut. Kepalanya bersendi dengan asetabulum tulang pinggul dan bahagian distalnya bersama-sama dengan patela bersendi dengan tibia untuk membentuk sendi lutut. Tulang ini merupakan tulang yang terpanjang dan terbesar di dalam tubuh.
femurfemurBiologiHistologi dan Sitologi1. Tulang paha, tulang proksimal kaki belakang vertebrat. 2. Sendi ketiga kaki serangga, labah-labah dan miriapod yang dikira dari hujung proksimal (berdekatan tubuh).
femur bonetulang femurVeterinarTiadaTiada
neck of femurleher femurPerubatanTiadaTiada
femoral arteryarteri femurVeterinarPraklinikalArteri pada kaki sambungan daripada arteri ilium eksternal yang berpunca daripada aorta abdomen. Arteri utama paha ini melalui saluran femur; ke sebelah dalam paha hingga ke bahagian kaudal sendi stifel.
1234567

Kembali ke atas