Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fizik nuklear


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
charge conjugationkonjugatan casKejuruteraanTiadaPrinsip fizik nuklear yang mempostulatkan zarah bercas positif mesti mempunyai pasangan yang bercas negatif.
Nuclear PhysicsFizik NuklearFizikAtom dan NuklearCabang ilmu fizik yang memperihalkan nukleus bagi atom, termasuk tindak balas kuat, keradioaktifan, model bagi nukleus, pembelahan dan perlakuran, dan tindak balas nukleus. Penggunaan ilmu tersebut antaranya adalah dalam resonans magnet nukleus, kesan Mossbauer, reaktor kuasa nuklear dan senjata nuklear.
physicsfizik)KejuruteraanTiadaKajian tentang sifat-sifat jirim dan tenaga, yang secara tradisinya merangkumi tajuk mekanik, keelektrikan dan kemagnetan, haba, cahaya, dan bunyi. Fizik moden pula merangkumi teori kuantum dan mekanik keralatifan, sementara fizik atom, fizik nuklear dan fizik zarah masing-masing mengendalikan ilmu tentang reaktor nuklear, senjata nuklear dan pemecut zarah.
biological shieldperisai biologiFizikAtom dan NuklearPerisai penyerap sinaran yang digunakan untuk melindungi pekerja daripada kesan zarah atau sinaran nuklear di persekitaran reaktor nuklear atau kawasan sinaran nuklear. Perisai ini biasanya menggunakan kolam air, konkrit yang tebal yang diperbuat daripada plumbum atau keluli.
Nuclear ChemistryKimia NuklearFizikAtom dan NuklearSubbidang ilmu kimia yang berkaitan dengan penggunaan keradioaktifan untuk mengkaji tindak balas kimia, teknik kimia untuk mengkaji tindak balas nukleus seperti pembelahan dan perlakuran, kesan jisim nukleus kepada tindak balas kimia serta sifat sebatian, dan putaran atom apabila tenaga diserap untuk mengenal pasti atom tersebut.
nuclear energytenaga nuklearFizikAtom dan NuklearTenaga yang dibebaskan oleh pereputan radioaktif, tindak balas nukleus, pembelahan nukleus atau pelakuran nukleus. Contohnya, pembelahan 1 nukleus U-235 membebaskan tenaga 200 MeV.
nuclear reactorreaktor nuklearFizikAtom dan NuklearSistem yang menghasilkan tindak balas rantaian pembelahan secara bertahan dan terkawal. Teras sistem diisi dengan bahan boleh belah seperti uranium yang diperkaya dengan isotop U-235 dan dikelilingi dengan air yang meredakan neutron serta membuang haba daripada teras. Sinonim reaktor.
nuclear transformationtransformasi nuklearFizikAtom dan NuklearLihat transmutasi.
nuclear wastesisa nuklearFizikAtom dan NuklearLihat sisa radioaktif.
power densityketumpatan kuasaFizikAtom dan NuklearKuasa tenaga nuklear yang dijanakan per unit isi padu teras suatu reaktor nuklear.
12345678910...

Kembali ke atas