high energy phosphate | fosfat tenaga tinggi | Herba | Fitokimia | Sebatian yang mengandungi ikatan fosfat dengan fosfat seperti yang terdapat dalam nukleosida difosfat, nukleosida trifosfat dan fosfagen (sebatian simpanan bertenaga tinggi dalam otot). Hidrolisis ikatan ini membebaskan tenaga isotonik dalam keadaan fisiologi. Proses ini memberikan tenaga kepada sel dan membenarkannya berfungsi, membolehkan pengawalaturan tenaga bagi sesuatu proses dengan cara penggandingan kepada nukleosida tertentu dan mendorong ke arah kanan bagi tindak balas yang biasanya berbalik. Contoh fosfat tenaga tinggi ialah adenosina trifosfat. |
high-energy phosphate | fosfat tenaga tinggi | Farmasi | Tiada | Sebatian fosfat yang membebaskan sekurang-kurangnya tujuh kilo kalori tenaga per mol sebatian apabila dihidrolisis. Contohnya, fosfat dan campuran enhidrida fosfat. Sebatian tenaga tinggi. |
dibasic calcium phosphate dihydrate | kalsium fosfat dihidrat dwibes | Perubatan | Tiada | Garam asif fosforik CaHPO4.2H2O digunakan sebagai antasid dan pengganti kalsium. Sinonim: dikalsium ortofosfat, dikalsium fosfat, kalsium fosfat sekunder. |
bone phosphate | fosfat tulang | Geologi | Tiada | Kalsium fosfat daripada tulang atau batuan fosfat. |
bone phosphate | fosfat tulang | Kimia | Tiada | Kalsium fosfat daripada tulang atau batuan fosfat. |
phosphatic fertilizer | baja fosfat | Kimia | Tiada | Baja yang mengandungi fosfat, seperti superfosfat dan nitrofosfat. Baja jenis ini digunakan untuk membaiki kekurangan fosfat di dalam tanah. |
phosphoglucomutase | fosfoglukomutase | Biologi | Fisiologi | Enzim dalam kumpulan fosfotransferase, yang memangkinkan perubahan glukosa-I-fosfat kepada glukosa-6-fosfat yang terdapat di dalam haiwan dan tumbuh-tumbuhan. |
creatine | kreatina | Gerontologi | Tiada | Bahan yang terdapat dalam semua otot vertebrata dan bergabung dengan fosfat untuk membentuk kreatina fosfat (fosfagen). Kreatina juga ditemui dalam darah dan digunakan untuk memfosforil ADP kepada ATP dalam otot pada keadaan anaerob. |
phosphate sequestration theory | teori pensekuestruman fosfat | Perubatan | Tiada | Teori pembentukan karies yang menyatakan bakteria yang terdapat dalam mulut akan menggunakan fosfat dan ini akan menyebabkan kehilangan fosfat tak organik dari enamel. |
aldolase | aldolase | Kimia | Tiada | Liase tetramer yang memangkini pembelahan fruktosa I, 6-difosfat kepada gliseraldehid 3-fosfat dan dihidroksilaseton fosfat. Aktiviti enzim ini tinggi di dalam otot jalur. |