phosphorous poisoning | keracunan fosforus | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada fosforus putih atau fosforus kuning, yang kadang-kadang terdapat dalam racun tikus, baja, dan mercun. Dos parah adalah lebih kurang 1 mg/kg, dan had pendedahan ialah 0. 1 mg/m3. Tanda utama keracunan ialah demam kuning dan pengsan. Keracunan akut menyebabkan loya dan muntah, cirit-birit, ritma jantung tidak normal, dan nafas dan kumuhan berbau bawang putih, dan mungkin kelihatan berasap. Mati semasa koma atau jantung terhenti mungkin berlaku dalam masa 24 - 48 jam pertama, atau gejala pulih selama 1 atau 2 hari dan kemudian kembali semula, dengan loya dan muntah, cirit-birit, kelembutan dan pembesaran hati, demam kuning, kelesuan, tekanan darah turun, oliguria, hipoglisemia, dan perdarahan petekia multipel. Jika fosforus kuning dibiarkan kering pada permukaan kulit, ia akan tercucuh dan menyebabkan kebakaran darjah kedua hingga ketiga dikelilingi dengan lepuh. Luka akan sembuh secara perlahan. Penyedutan menyebabkan gejala keracunan akut selepas 1 - 3 hari. Keracunan kroni |
phosphorus | fosforus | Kimia | Tiada | Unsur bukan logam dalam kumpulan VA (atau 150 jadual berkala, simbol P, nombor atom 15, berat atom 30.974, nombor engoksidaan –3, +3 dan +5, takat lebur 44oC, takat didih 280oC (bagi fosforus putih), berbentuk pepejal berhablur yang lut sinar atau serbuk amorfus merah atau pepejal hitam. Fosforus putih larut di dalam karbon disulfida, sangat beracun dan mudah terbakar. Fosforus terdapat dalam enam bentuk isotop radioaktif. Sumber semula jadi fosforus diperoleh dengan meleburkan batu fosfat, pasir dan kok di dalam relau elektrik. Fosforus merah diperoleh daripada pemanasan fosforus putih dengan mangkin pada suhu 240oC dan fosforus hitam diperoleh daripada pemanasan fosforus putih yang dikenakan tekanan. osforus digunakan untuk membuat racun tikus, baja, mancis api dan sebatian fosforus. |
ferrophosphorous | ferofosforus | Kimia | Tiada | Aloi ferum dengan fosforus yang digunakan dalam industri keluli untuk mengubah suai kandungan fosforus dalam keluli khas. Terdapat dua gred, iaiatu yang mengandung 18% fosforus dan yang mengandung 25% fosforus. |
organic phosphorous | fosforus organik | Kejuruteraan | Tiada | Fosforus yang terikat kepada sebatian yang mengandungi karbon. |
black phosphorous | fosforus hitam | Kimia | Tiada | Alotrop fosforus yang berbentuk pepejal, berwarna hitam, tidak larut dalam kebanyakan pelarut, dan dapat mengalirkan elektrik. |
phosphorus cycle | kitar fosforus | Kejuruteraan | Tiada | Kitaran atom fosforus yang dihasilkan oleh organisma hidup. |
phosphorous | fosforus | Biologi | Ekologi | Unsur yang perlu untuk kehidupan, tetapi kehadiran fosforus yang terlalu banyak di dalam tasik akan mengakibatkan pengeurofikatan. |
phosphorus removal | singkir fosforus | Kejuruteraan | Tiada | Olahan air sisa untuk menyingkirkan fosforus bagi mengurangkan pertumbuhan alga. |
pika | pika | Veterinar | Tiada | Keadaan selera makan yang tidak normal pada ternakan yang disebabkan oleh kekurangan sesuatu nutrien makanan terutamanya fosforus. Contohnya, ternakan seperti lembu yang mengalami kekurangan fosforus akan menunjukkan tingkah laku yang aneh seperti memakan tulang, menggigit tiang kayu, tanah dan batu. Keadaan ini boleh diatasi dengan menambahkan kandungan fosforus, dikalsium fosfat dan ammonium fosfat dalam bahan makanan ternakan. |
calcitonin | kalsitonin | Veterinar | Tiada | Sejenis hormon yang berasal daripada sel-sel C atau parafolikular kelenjar tiroid yang terlibat dalam metabolisme kalsium dan fosforus. Hormon ini menurunkan kalsium darah dengan menghalang penyerapan semula tulang, di samping menghalang penyerapan semula kalsium dan fosforus oleh tubul ginjal. Keadaan ini menyebabkan peningkatan pengeluaran ion-ion kalsium dan fosforus di dalam air kencing. Rembesan hormon ini dikawal oleh kepekatan ion kalsium di dalam darah. Penambahan aras kalsium dalam darah akan merangsang perembesan hormon tersebut. Hormon ini disebut juga sebagai tirokalsitonin. Tindakan hormon ini bertentangan dengan hormon paratiroid. |