agrobiology | agrobiologi | Pertanian | Agroteknologi | Disiplin biologi atau kaji hayat yang relevan terhadap aktiviti pertanian. Contohnya, proses fotosintesis ialah satu bidang penting dalam biologi tumbuhan. Fotosintesis juga merupakan satu proses yang memberi kesan terhadap pertanian kerana kadar fotosintesis menentukan hasil yang diperoleh daripada tanaman. Oleh itu, proses fotosintesis terangkum dalam bidang agrobiologi. |
photosynthesis | fotosintesis | Kimia | Tiada | Proses kimia yang melibatkan pembinaan karbohidrat ringkas daripada karbon dioksida dan air dengan kehadiran cahaya. Fotosintesis biasanya menghasilkan glukosa dan fruktosa serta membebaskan oksigen. Antara organisma yang mengalami fotosintesis ialah tumbuhan hijau dan bakteria tertentu. |
bacteriochlorophyll | bakterioklorofil | Biologi | Histologi dan Sitologi | Pigmen fotosintesis yang wujud pada bakteria fotosintesis yang strukturnya berlainan sedikit daripada struktur klorofil a dan klorofil b, kerana kawasan penyerapan cahaya utama pigmen ini berada di dalam kawasan spektrum inframerah. Sifat ini membolehkan bakteria fotosintesis membiak di kawasan yang tidak boleh ditumbuhi tumbuh-tumbuhan hijau, seperti di permukaan selut hitam. |
photosynthesis capacity | kapasiti fotosintesis | Biologi | Ekologi | Kecekapan sesuatu sel tumbuhan atau kloroplas menjalankan fotosintesis. |
photosynthesis rate | kadar fotosintesis | Biologi | Ekologi | Nisbah antara isipadu karbon dioksida yang diserap dengan isipadu oksigen yang dibebaskan oleh tumbuhan semasa fotosintesis, dalam masa tertentu. |
C3 pathway | Laluan C3 | Botani | Tiada | Laluan fotosintesis bagi tumbuhan C3, yang menggunakan enzim RuBP karboksilase untuk pengikatan utama karbon dioksida dalam kloroplas bagi membentuk 3-sebatian karbon dan 3-asid fosfogliserik (PGA) yang ditukar bentuk kepada trio-fosfat dengan menggunakan ATP dan NADPH. Kebanyakan triosfosfat mengambil bahagian dalam tindak balas berurutan yang kompleks (penurunan karbon fotosintesis (PCR) atau Edaran Calvin. Sebahagian triosfosfat ini disalurkan sebagai hasil bersih fotosintesis bagi membentuk gula fosfat (fruktosa-1, 6-bisfosfat). Contohnya, laluan fotosintesis dalam gandum, oat, barli, padi, jenis tumbuhan dikot seperti kekacang, kapas, tembakau dan kentang. |
lamellae | lamela | Botani | Tiada | Struktur dalam koroplas yang berfungsi sebagai alat fotosintesis. Struktur ini merupakan membran yang mengandungi lamela stroma dan lamela grana. Pada kedua-dua bahagian tersebut terdapat kepekatan pigmen fotosintesis yang tinggi. |
photosynthesis | fotosintesis | Pertanian | Agronomi | Proses asas bagi tumbuhan yang melibatkan penggabungan cahaya matahari serta merupakan tindak balas kimia yang terpenting dalam kehidupan. Proses ini memerlukan input karbon dioksida, air, cahaya dan klorofil yang akan membentuk glukosa atau karbohidrat serta membebaskan oksigen. Kebanyakan proses fotosintesis berlaku dalam kloroplas dan melibatkan dua tindakan, iaitu tindak balas cahaya dan pengikatan karbon dioksida. Tindak balas kimia ini ditunjukkan melalui persamaan seperti yang berikut: 6CO₂ + 6H₂ O + tenaga cahaya ? C6H12O6 + 6O₂ |
thylakoid | tilakoid | Bioteknologi | Tiada | Vesikel yang membina grana kloroplas dan mempunyai pigmen fotosintesis pada dindingnya. Di dalam alga biru-hijau, tilakoid berupa lipatan membran sitoplasma dan membentuk lamela yang mengandungi pigmen fotosintesis. |
photosynthesis | fotosintesis | Botani | Tiada | Proses asas bagi tumbuhan yang melibatkan penggabungan tenaga suria dan merupakan satu tindakan kimia yang terpenting dalam kehidupan. Proses ini memerlukan input karbon dioksida, air dan cahaya, dan dengan kehadiran klorofil akan bertindak membentuk glukosa atau karbohidrat dengan pembebasan oksigen. Kebanyakan tindak balas berlaku dalam kloroplas. Fotosintesis melibatkan dua tindakan yang memerlukan cahaya, iaitu tindak balas cahaya dan pengikatan karbon dioksida. Tindak balas kimia ini ditunjukkan melalui persamaan berikut: 6CO2 + 6H2O + tenaga cahaya ?C6H12O6+6O2 |