Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fung.gi.sid] | فوڠݢيسيد

Definisi : racun kulat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fungisid


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
protectant fungicidefungisid pelindungBiologiPatologiFungisid yang digunakan untuk menyelubungi perumah untuk melindunginya daripada serangan kulat patogen. Biasanya fungisid ini digunakan dengan cara penyemburan atau penyalutan biji benih. bd. fungisid sistemik.
eradicant fungicidefungisid pembasmiBiologiPatologiFungisid yang digunakan untuk membasmi kulat patogen pada atau di dalam sel perumah atau persekitaran secara menyeluruh. Sebahagian besar fungisid dalam kumpulan ini ialah fungisid sistemik.
mancozebmankozebBiologiPatologiNama am fungisid organik dalam perumusan debu, yang merupakan gabungan antara fungisid maneb dan zineb. Gabungan ini dibuat bertujuan untuk menambahkan lagi kekesanan fungisid tersebut, dan merupakan usaha melambatkan ketahanan kulat terhadap salah satu fungisid di atas.
systemic fungicidefungisid sistemikBiologiPatologiFungisid yang diserap dan diangkut di dalam perumah.
Bordeaux mixturecampuran BordeauxBiologiMikologiFungisid yang dibuat dengan mencampurkan kuprum sulfat dengan kalsium hidroksida. Fungisid ini pertama kali digunakan oleh Millardet di Bordeaux, Perancis pada tahun 1883-1885 untuk mengawal penyakit rabuk berserbuk pada anggur yang disebabkan oleh Plasmopara viticola.
chloronebkloronebBiologiPatologiNama am fungisid sistemik turunan fenol yang banyak digunakan dalam perawatan benih. Fungisid ini berkesan terhadap Pythium dan Rhizoctonia tetapi kurang berkesan terhadap Fusarium. Nama kimianya ialah 1,4-dikloro-3,6-dimetoksi benzena.
cufranebkufranebBiologiPatologiNama am fungisid pelindung dalam kumpulan ditiokarbamat yang mengandungi Cu, Fe dan Zn. Fungisid ini mempunyai spektrum yang sangat luas.
fenarimolfenarimolBiologiPatologiNama am fungisid pelindung dan pembasmi yang kadang-kadang boleh bertindak juga secara sistematik. Fungisid ini banyak digunakan untuk mengawal penyakit rabuk.
oxazineoksazinaBiologiPatologiKumpulan fungisid sistemik yang mempunyai cecincin morfolina yang berkesan untuk mengawal penyakit rabuk berserbuk. Contoh fungisid dalam kumpulan ini ialah dodemorf dan tridemorf.
oxathiinoksatinBiologiPatologiKumpulan fungisid sistemik yang terdiri daripada satu cecincin yang berkesan terhadap kulat basidiomiset, terutama sekali kulat karat dan smut. Contoh fungisid dalam kumpulan ini ialah karboksin.
12345678910

Kembali ke atas