cork board | papan gabus | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Papan yang dibuat daripada bintil-bintil gabus dengan perekat sintetik atau tanpa perekat, yang ditekan menjadi bungkah gabus pada suhu yang lebih tinggi daripada suhu bilik. Bungkah gabus yang terhasil kemudiannya dipotong nipis menjadi papan. Papan gabus ringan dan digunakan dengan meluas sebagai bahan penebat atau papan kenyataan. |
Keris Terapang Gabus | Keris Terapang Gabus | Keris | Tiada | Keris yang mempunyai sarung yang bersalut dengan emas. |
secondary meristem | meristem sekunder | Biologi | Histologi dan Sitologi | Kambium gabus yang membentuk gabus kayu dan feloderma. felogen. |
shuttlecock | bulu tangkis | Sukan | Tiada | Alat yang dibuat daripada bahan asli atau tiruan, mempunyai bahagian bawah bergabus yang dilindungi oleh sekeping lapisan kulit yang nipis, 16 helai bulu yang tercucuk ke dalam gabus, lilitan gabus antara 64mm - 70mm, dan berat kira-kira 4.74 - 5.5 gram, dan digunakan dalam permainan badminton. |
cork handle | pemegang gabus | Perikanan | Tiada | Gabus yang dibalut pada bahagian pemegang joran bagi menguatkan genggaman pemancing semasa memancing. |
cork board | bod gabus | Alam Bina | Tiada | Bod daripada gabus yang diperkukuhkan dengan kayu. |
cork product | keluaran gabus | Ekonomi | Tiada | Hasil keluaran barang pembuatan yang diperbuat daripada gabus. |
corkscrew | skru gabus | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Logam berpusar seperti skru yang tajam, mempunyai pemegang untuk mencabut gabus penutup botol. |
mountain cork | gabus gunung | Geologi | Tiada | 1. Varieti asbestos berwarna putih atau kelabu yang terdiri daripada serabut tebal yang berselang-seli dan menyerupai gabus dari segi tekstur dan keringanannya.,2. Mineral lempung berserabut seperti sepiolit atau paligorskit. |
canker | cerana | Biologi | Patologi | Belur nekrosis yang agak besar dan tenggelam pada akar, batang, cabang, atau buah, akibat musnahnya tisu pada kulit dan gabus. Gejala cerana yang sering dijumpai ialah ketumbuhan kulit dan gabus yang luar biasa besarnya, yang mengelilingi belur tersebut hingga kelihatan seperti dua bibir tebal yang mendedahkan bahagian dalamnya (kayu). |