catechu | gambir | Perhutanan | Tiada | Tiada |
betel | sirih | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tumbuhan memanjat yang daunnya dimakan dengan pinang, gambir, kapur dan lain-lain. |
gamelan (Indon) | gamelan | Kesusasteraan | Tiada | Seperangkat alat muzik yang menonjolkan alat perkusi tradisional Jawa, seperti saron, borang, gambung, gambir, rebab, gong, gondang dan lain-lain . |
gamelan (Indon) | gamelan | Kesenian | Tiada | Seperangkat alat muzik yang menonjolkan alat perkusi tradisional Jawa, seperti saron, borang, gambung, gambir, rebab, gong, gondang dan lain-lain . |
liana | liana | Biologi | Ekologi | Tumbuhan pemanjat dan berkayu di hutan tropika, yang mempunyai penebalan sekunder luar biasa, misalnya tapak kuda, Bauhinia sp. dan gambir, Uncaria sp. |
antidiarrheal agent | agen antidiarea | Farmasi | Farmakologi | Agen yang digunakan untuk merawat cirit-birit. Agen ini dikelaskan kepada drug-drug parasimpatolitik seperti atropina yang bertindak sebagai agen spasmolitik atau antispasmodik, penjerap seperti arang teraktif dan kaolin, astringen (contohnya, gambir), asid tanik serta opiat. Walau bagaimanapun, pengelasan ini tidak termasuk agen-agen yang digunakan untuk merawat penyakit-penyakit tertentu, yang menyebabkan diarea atau cirit-birit. Contohnya, antibiotik. Lihat juga parasimpatolitik, antispasmodik. |
Piper betle | sirih | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis pemanjat dalam famili Piperaceae. Tumbuhan ini ditanam menggunakan kayu sokong atau melekat dan memanjat pada batang pokok dan pagar. Daunnya berbentuk jantung dan permukaan atasnya berkilat. Daun segar digunakan untuk menghentikan darah pada hidung, dibuat cucian sebagai antiseptik, dan dimakan untuk mengubati batuk dan kecacingan. Daun sirih bertemu urat digunakan untuk mandi bunga dalam perubatan tradisional. Daun sirih dimakan bersama kapur, pinang dan gambir sebagai amalan tradisi. |
betel leaf holder | tepak sirih | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Simbol pembuka kata atau pencuci mulut selepas makan. Tepak sirih digunakan dalam adat perkahwinan semasa upacara peminangan dan pernikahan, serta istiadat menerima tamu. Sesuai dengan fungsinya untuk mengisi daun siri, bahagian tepak dibentuk dengan ruang petak tertentu yang mengandungi beberapa bekas seperti bekas sirih, bekas pinang, bekas kapur, bekas gambir, bekas tembakau, bekas bunga dan sebagainya. Tepak sirih juga digunakan dalam adat istiadat perkahwinan diraja dan diperbuat daripada bahan perak. |