Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; bergandingan, berganding 1. berdampingan, berdekatan (berpegangan tangan): Ismail ~ dgn Lamah berjalan lambat-lambat menuju ke kereta; 2. berangkaian, berhubungan, berpautan: gerabak-gerabak kereta api yg bergerak ~; 3. berkaitan, berhubungan, bersangkutan: hal-hal yg ~ dgn sesuatu perkara; 4. bekerjasama, tolong-menolong: masyarakat yg berbilang bangsa harus ~ utk mencapai kemakmuran; ~ tangan a) berpegangan tangan; b) bekerjasama, bahu-membahu; ~ tenaga menggunakan tenaga bersama utk melakukan sesuatu, berpadu tenaga, bekerjasama (dgn erat); mengganding 1. menarik sesuatu yg diikat di samping atau di belakang: sebuah kepala kereta api dapat ~ berpuluh-puluh gerabak; 2. memegang tangan, memimpin: orang buta itu diganding oleh seorang budak;menggandingkan, mempergandingkan 1. menghubungkan, memautkan, memper­talikan: kereta yg rosak itu digandingkan dgn sebuah lori; 2. menghubungkan, mengaitkan: kemiskinan rakyat umumnya dapat digandingkan dgn keadaan ekonomi negara; 3. membawa supaya berhampiran (berdampingan), mendekatkan: sampan itu digandingkan dgn motobot; gandingan benda yg digandingkan (di samping atau di belakang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ganding I


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
couplekupel; gandingKejuruteraanTiada1. Ganding: Dua daya yang sama bertindak pada objek yang selari tetapi berlawanan arah.,2. Momen yang dihantar oleh sistem daya ganding ganding.,3. Menyambungkan dengan gandingan, seperti penyambungan paip atau tali sawat.,4. Dua atau lebih logam atau aloi yang tidak sama, yang mengalami sentuhan elektrik dan bertindak sebagai elektrod bagi sel elektrolit apabila ia dibenam dalam elektrolit.
moment of a couplemomen gandingMekanikGunaanMomen terjumlah yang dihasilkan oleh ganding (sistem dua daya yang sama magnitud, berlawanan hala dan tak segarisan). Momen ini merupakan suatu vektor bebas; nilainya sama untuk semua pusat momen. Momen ganding diukur dalam unit newton-meter, N.m. Kadangkala momen ganding disebut ‘ganding’ sahaja.
work of a couplekerja gandingMekanikGunaanHasil darab magnitud ganding dengan magnitud sesaran sudut yang dialami oleh ganding itu.
inertia coupleganding sifatekunMekanikGunaanGanding khayali yang diadakan-adakan untuk mewujudkan ‘keseimbangan’ putar pada sistem yang sebenarnya tidak berada dalam keadaan keseimbangan berkenaan. Jasad yang ditindak oleh momen tak terimbang M akan mengalami pecutan sudut a dihubungkan oleh sebutan M =Ia, dengan I sebagai momen sifatekun jisim bagi jasad itu. Vektor -Ia, dengan I sebagai momen sifatekun jisim bagi jasad itu. Vektor -Ia, iaitu vektor yang mempunyai magnitud yang sama tetapi hala yang berlawanan dengan M dinamai ganding sifatekun. Dari segi matematik, ganding sifatekun dikendalikan dengan cara yang sama seperti vektor momen yang biasa. Gagasan ganding sifatekun ini digunakan dalam prinsip d’Alembert. Lihat juga daya sifatekun, prinsip d’Alembert.
collocationganding (kata),PerpustakaanTiadaGanding kata: Penyusunan subkelas dalam suatu pengelasan yang dibuat berdasarkan persamaan Kelas atau subjeknya.
wrenchperengkuhMekanikGunaan1. Sistem daya yang terbentuk daripada satu daya paduan dan satu ganding yang selari. Sebarang sistem daya umum boleh digantikan dengan perengkuh yang unik. vektor daya paduan dan vektor ganding paduan yang membentuk perengkuh bertindak di sepanjang suatu garis tindakan yang unik bagi sesuatu sistem daya umum yang diwakili oleh perengkuh itu. kelaziman tanda menentukan bahawa perengkuh adalah positif sekiranya vektor daya dan vektor ganding yang membentuk perengkuh itu bertindak pada hala yang sama; perengkuh adalah negatif jika kedua-duanya bertindak pada hala yang berlawanan. 2. Sejenis alat kejuruteraan yang digunakan dengan cara memutarkannya di sekitar suatu paksi untuk menghasilkan gerakan di sepanjang paksi itu. contoh perengkuh yang biasa ditemui ialah sepana.
centre of percussionpusat tukulanMekanikGunaanTitik rujukan pada gambar rajah kinetik yang membolehkan ganding paduan di pusat graviti digantikan dengan suatu daya untuk menghasilkan gambar rajah kinetik yang tidak mempunyai sebarang ganding. Titik tukulan wujud untuk jasad yang berputar di sekitar paksi tetap. Pusat tukulan merupakan suatu titik yang unik untuk sesuatu keadaan. Titik berkenaan Q berada pada garis yang melalui pusat putaran O dan pusat graviti G. Jaraknya dari O, iaitu q, mengekalkan kesan ganding pada gambar rajah asal. Nilai q diberikan oleh ungkapan q = ko2/rG, dengan ko ialah jejari legaran jasad itu di sekitar O [Rajah P12]. (SILA RUJUK RAJAH DI M/S 161) RAJAH P12
force systemsistem dayaMekanikGunaanSekumpulan daya dan ganding yang bertindak serentak pada jasad atau sistem jasad. Semua sistem daya yang umum boleh diturunkan kepada sistem daya setara yang mengandungi satu daya paduan dan satu ganding. Lihat juga sistem daya setara.
workkerjaMekanikGunaanHasil darab beban (daya atau ganding) dengan sesaran yang berpadanan (linear atau sudutan) yang dialaminya. Kerja merupakan kuantiti skalar dan boleh mempunyai tanda positif atau negatif. Sedaran yang menghala pada hala tindakan beban menghasilkan kerja positif dan yang sebaliknya menghasilkan kerja negatif. Unit ukuran bagi kerja ialah newton-meter dan dinamai joule, J. Perhatikan bahawa unit joule merupakan unit SI bagi semua jenis tenaga, dan hanya untuk tenaga sahaj. Oleh itu, unit momen tidak boleh ditulis sebagai joule walaupun berbentuk N.M. Lihat juga kerja daya, kerja ganding.
collocationganding (kata)GeografiTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas