emotional disturbance | gangguan emosi | Pendidikan | Tiada | Lihat emotional disorder. |
anxeity | keresahan | Perubatan | Tiada | Gangguan emosi apabila seseorang berasa cemas, bimbang dan takut tanpa sebarang rangsangan yang ketara, dan diiringi dengan perubahan fisiologi, misalnya takikardia, perpeluhan dan tremor. |
neurosis | neurosis | Perubatan | Tiada | Gangguan emosi akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan. Ciri utamanya ialah keresahan yang mungkin ditunjukkan secara langsung atau tidak langsung melalui pertuturan atau kelakuan yang tidak menentu. Berbeza daripada psikosis, pesakit neurosis tidak mengalami perubahan perwatakan dan masih sedar akan persekitarannya. Bdg: psikosis. Sin: psikoneurosis |
emotional disorder | gangguan emosi | Pendidikan | Tiada | Keadaan yang menunjukkan reaksi emosi yang tidak sesuai. la juga merujuk kepada tingkah laku yang keterlaluan atau tingkah laku menyisihkan diri. Sinonim emotional disturbance. |
emotional disturbance | gangguan emosi | Perubatan | Tiada | Kekacauan atau penyakit mental yang melahirkan reaksi emosi yang tidak tepat dan kronik. |
psychoanalysis | psikoanalisis | Kejururawatan | Tiada | Teknik interpretasi pengalaman dan emosi semasa dan selepas untuk mengesan punca gangguan emosi dan tingkah laku. |
mood disorder | kecelaruan rasa hati | Psikologi | Psikologi Umum | Kumpulan gangguan emosi yang terdiri daripada kemurungan teruk sehingga ke tahap mania ekstrem. Terdapat dua jenis kecelaruan rasa hati, iaitu depresi dan kecelaruan bipolar. Individu yang menghidap kecelaruan depresi akan mengalami dan memperlihatkan kesedihan dan putus asa yang dibesar-besarkan, berpanjangan atau tidak berasas. Simptom-simptom depresinya ialah kesugulan, ketidakupayaan dan tidak dapat merasai kegembiraan atau tidak berminat terhadap sesuatu. Mereka juga memperlihatkan simptom seperti kelesuan, tidur dan makan yang terganggu, rasa tidak berguna, imej diri yang negatif dan perasaan ingin membunuh diri. Individu yang mengalami kecelaruan bipolar pula memperlihatkan pola emosi turun naik yang ekstrem dalam perasaan gembira dan sedih. Kecelaruan ini boleh dialami secara berpanjangan tetapi tidak teruk. Walau bagaimanapun, terdapat kecelaruan rasa hati lebih teruk yang memperlihatkan emosi yang sangat negatif seperti merasakan kegagalan, berdosa, tidak berguna, menjauhkan diri atau bertindak untu |
medical therapy | terapi perubatan | Psikologi | Psikologi Umum | Terapi pesakit yang berkait dengan masalah psikologi menggunakan kaedah perubatan konvensional seperti farmakologi, terapi elektrokonvulsif atau psikosurgeri. Proses terapi ini biasanya dikendalikan oleh pakar psikiatri. Terapi farmakologi menggunakan dadah untuk merawat gangguan emosi yang teruk seperti kebimbangan dan kemurungan. Dadah juga digunakan untuk menenangkan serangan skizofrenia dan kecelaruan rasa hati yang teruk. Contohnya, dadah antipsikotik atau transkuilizer major digunakan untuk menenangkan pesakit, di samping mengurangkan halusinasi dan delusi. Terapi psikosurgeri pula digunakan untuk merawat pesakit yang tidak memberi respons kepada rawatan lain. Contohnya, lobotomi berupaya merungkai rangkaian saraf dalam otak supaya penghantaran maklumat dapat dikawal dan seterusnya dapat menenangkan pesakit berkenaan. |
gout | gout | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Sejenis penyakit akibat gangguan metabolisme asid urik yang menyebabkan asid tersebut terkumpul dalam darah dan bendalir tisu. Asid urik mungkin termendap disebabkan oleh luka kecil, pengambilan alkohol berlebihan, pembedahan, keletihan, gangguan emosi, jangkitan atau pengambilan ubat insulin dan penisilin. Pengambilan makanan yang mengandungi bes tinggi seperti makanan laut, organ dalaman, dan daging merah boleh menyebabkan kandungan asid urik dalam darah berlebihan. Tanda-tanda penyakit ini termasuk bengkak dan sakit kuat di bahagian sendi kaki dan tangan terutamanya di ibu jari kaki. |
rapid eye movement (REM) | gerak mata cepat | Psikologi | Psikologi Umum | Salah satu daripada fasa tidur yang ditandai dengan bola mata yang bergerak cepat di bawah kelopak mata yang tertutup semasa lena. Fasa ini berlaku dalam tempoh singkat, iaitu 20% daripada masa lena individu. Dengan menggunakan elektroensefalograf (EEG), bahagian otak yang mengawal emosi didapati sangat aktif pada fasa ini seolah-olah individu berada dalam keadaan jaga. Mimpi yang berlaku dalam fasa ini biasanya lebih jelas dan terperinci. Fasa ini akan menjadi lebih panjang sekiranya berlaku sesuatu peristiwa terhadap individu berkenaan seperti kematian keluarganya yang terdekat, masalah kerja, konflik dengan pasangan dan gangguan emosi yang lain. |