Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : garisan lintang Selatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jadi (kata kerja)
Bersinonim dengan berhasil, berjaya;,
Kata Terbitan : sejadi-jadinya, menjadi, menjadi-jadi, menjadikan, terjadi, jadian, jadi-jadian, kejadian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Tropic of CapricornGarisan JadiFizikTiadaTiada
Tropic of CapricornGarisan JadiGeografiTiadaTiada
Tropic of CapricornGarisan JadiGeografiTiadaTiada
calms of Capricorntenang Garisan JadiGeografiTiadaTiada
horse latitudeslatitud kudaGeografiTiadaKawasan tekanan tinggi yang terletak berdekatan dengan Garisan Sartan di Hemisfera Utara atau Garisan Jadi di Hemisfera Selatan, dan di kawasan ini terdapat angin yang lemah, cuaca yang mantap, dan udara yang agak kering.
horse latitudeslatitud kudaGeologiTiadaKawasan tekanan tinggi yang terletak berdekatan dengan Garisan Sartan di Hemisfera Utara atau Garisan Jadi di Hemisfera Selatan, dan di kawasan ini terdapat angin yang lemah, cuaca yang mantap, dan udara yang agak kering.
climatic zonezon iklimSainsHidrometeorologiJalur permukaan bumi yang iklimnya secara umum homogen dalam beberapa segi; kawasan kecil dalam pengelasan iklim yang mudah. Zon iklim yang asalnya disempadani Garisan Sartan dan Garisan Jadi dan Bulatan Arktik dan Antartika; termasuk zon panas, dua zon sederhana dan dua zon sejuk. Dalam keadaan ini zon merupakan pembahagi iklim secara matematik, tetapi zon iklim boleh juga ditakrifkan mengikut iklim sebenar. Zon iklim ditakrifkan juga sebagai kawasan yang mengandungi satu jalur panas, dua jalur sederhana dan dua kawasan sejuk kutub.
reefterumbuSains MarinTiadaGarisan batuan atau hamparan batu, pasir dan karang yang terletak di zon pasang surut air laut. Semasa air pasang, terumbu ditenggelami air dan terdedah semasa air surut. Kebanyakan terumbu dihasilkan daripada proses abiotik, iaitu pemendapan pasir, hakisan ombak dan proses semula jadi yang lain. Terumbu dapat ditemukan di laut dengan kedalaman rendah atau dangkal. Terumbu terdiri daripada endapan yang berupa batu kapur. Kandungan terumbu yang utama ialah kalsium karbonat (CaCO3). Terumbu yang paling terkenal ialah terumbu karang perairan tropika yang dihasilkan melalui proses biotik. Lihat juga terumbu karang.
headlandtanjung tinggiSains MarinTiadaBentuk bumi yang terbentuk secara semula jadi yang menganjur ke laut dan mempunyai ciri-ciri seperti kawasan tinggi, pantai berbatu, tempat ombak berpecah, hakisan yang kuat dan tebing laut yang sangat curam. Tanjung tinggi dan teluk biasanya dijumpai pada garisan pantai yang sama.
mempeningmempeningPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Lithocarpus spp., dan Quercus spp. daripada famili Fagaceae. Spesies utamanya termasuk Lithocarpus cantleyanus, L. cyclophocus dan Quercus argetata. Gubal kayu mempening berwarna lebih muda dan sukar dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat kekuningan atau kemerahan. Tekstur kayunya agak kasar dan tidak sekata, kerana taburan vesel yang tidak sekata dan ruji yang lebar. Ira kayunya lurus dan kadangkala bersimpul, dan ada permukaan jejari kayu terdapat pola garisan perak. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 575 hingga 1010 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Kayu mempening sukar diproses, dan mempunyai ketahanan semula jadi yang sederhana. Kayu ini digunakan untuk kerja binaan sederhana, hiasan dalaman, papan panel, lantai parket, perabot, dan venir hirisan.

Kembali ke atas