Certification scheme | Sekim pengakuan | Pertanian | Agronomi | Sekim untuk menjamin kualiti sesuatu bahan melalui pemeriksaan dan pengiktirafan oleh sesuatu badan penguasa. Contohnya dalam sekim pengakuan biji benih, badan berkuasa akan memberi pengakuan bahawa sesuatu benih yang dihasilkan itu benar-benar dari satu varieti terpilih dan biji benih itu dijamin bernas. Dalam sekim pengakuan pertanian organik, Jabatan Pertanian Malaysia mengeluarkan Sijil Organik Malaysia (SOM) untuk menjamin bahawa sesuatu produk itu dihasilkan mengikut piawaan dan garispanduan sistem organik. |