Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.so.lin] | ݢاسولين

Definisi : minyak petrol. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.so.lin] | ݢاسولين

Definisi : bahan api utk enjin pembakaran dalam yg diperoleh drpd petroleum mentah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gasolin


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
absorption gasolingasolin serapanKejuruteraanPetroleumGasolin yang tersari daripada gas asli yang telah mengalami proses keseimbangan dengan minyak. Proses keseimbangan tersebut dilakukan dengan cara membiarkan gas asli berkenaan bersentuhan dengan minyak untuk beberapa lama penyulingan terhadap minyak di atas dilakukan untuk mendapatkan gasolin.
raw gasolingasolin mentahKejuruteraanPetroleumGasolin yang diperolehi dengan cara penyarian gas asli yang banyak mengandungi komponen-komponen hidrokarbon yang mempunyai berat molekul tinggi.
casinghead gasolingasolin kepala selongsongKejuruteraanPetroleumGasolin atau cecair hidrokarbon yang disari daripada gas kepala selongsong.
aviation gasolingasolin terbangKejuruteraanTiadaGred khas gasolin yang sesuai untuk kegunaan kapal terbang.
natural gasolingasolin asliKejuruteraanPetroleumCecair hodrokarbon yang diperolehi daripada gas asli basah melalui proses penyulingan, peretakan dan/atau melalui proses pembentukan semula. Cecair ini merupakan pecahan yang mendidih pada julat suhu antara 160 dengan 400 darjah Fahrenheit. Rujuk: gasolin kepala selongsong
gasolingasolinKejuruteraanPetroleumHidrokarbon cair yang boleh dinyalakan dan meruap, diperolehi melalui proses penyulingan minyak mentah pada julat suhu antara 160 hingga 400 darjah Fahrenheit. Biasanya digunakan sebagai bahan api untuk enjin pembakaran dalam dan enjin penyalaan bunga api.
octane ratingpengkadaran oktanaKejuruteraanPetroleumKaedah pengelasan gasolin atau bahan bakar berdasarkan mutu antiletupan di dalam enjin atau nombor oktana gasolin atau bahan bakar berkenaan. Jika gasolin atau bahan bakar tersebut mempunyai nombor oktana atau mutu pencegahan letupan yang tinggi maka ia akan diletakkan pada pengkadaran yang tinggi dan merupakan bahan bakar atau gasolin yang relatif kurang meletup apabila digunakan pada enjin terutama enjin pembakaran dalam.
tank ballonbelon tangkiKimiaTiadaBelon penerima wap dan udara yang dihubung atau dipasang pada paip penafas tangki storan gasolin yang berguna sebagai tempat menerima wap gasolin dan mencegah kehilangan wap gasolin. Apabila tangki storan tersebut sejuk, wap gasolin yang terdapat di dalam belon akan kembali ke dalam tangki semula.
tank ballonbelon tangkiKejuruteraanPetroleumBelon penerima wap dan udara yang dihubung atau dipasang pada paip penafas tangki storan gasolin yang berguna sebagai tempat menerima wap gasolin dan mencegah kehilangan wap gasolin. Apabila tangki storan tersebut sejuk, wap gasolin yang terdapat di dalam belon akan kembali ke dalam tangki semula.
adsorption gasolinegasolin jerapanKejuruteraanTiadaGasolin asli yang dihasilkan melalui proses penjerapan.
12345678910...

Kembali ke atas