dreadlock style | gaya rambut pilinan | Kesenian | Tiada | Pintalan rambut yang terbentuk secara asli akibat rambut yang tidak dibasuh dan dibiarkan tumbuh secara semula jadi tanpa penggunaan berus, sikat atau pencukur dalam tempoh yang lama atau didandan di salon. |
rock punk | rock punk | Muzik | Tiada | Muzik rock yang wujud di Liverpool, England pada tahun 1960-an hingga tahun 1970-an. Lirik lagunya tentang kemerosotan ekonomi dan masalah belia terhadap masyarakat individualisme. Kumpulan rock punk merupakan satu subbudaya yang mengutamakan nilai yang dilarang oleh masyarakat dominan seperti pakaian yang luar biasa, gaya rambut yang berwarna-warni dan tercacak. Muzik punk diiringi gitar elektrik dan dram yang menghasilkan melodi dan rentak yang kuat dan disertai jeritan penyanyi. Contoh kumpulan punk ialah The Stranglers, The Clash dan The Damned. |
strong hold gel | gel tahan lama | Jururawat | Tiada | Gel yang dirumus khas bagi mengekalkan bentuk atau gaya dandanan rambut |
fashion | fesyen | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Gaya, ragam, potongan dan sebagainya pada pakaian, rambut, tingkah laku dan lain-lain, terutamanya yang terbaru dan menjadi kegemaran ramai. |
mock epic | epik olokan | Kesusasteraan | Tiada | Naratif panjang tentang sesuatu tajuk yang ringan dan remeh tetapi disampaikan dengan gaya epik mengikuti konvensi tersebut. Tujuannya untuk mempersendakan atau menyindir sesuatu subjek dengan gaya penyampaian yang terhormat. Dalam epik olokan, sering terdapat dialog yang membicarakan hal dan perkara yang remeh-temah dengan serius. Biasanya, karya dalam epik olokan hampir menyamai bentuk epik wira yang menimbulkan kesan lucu dan absurd. Contohnya karya Pope berjudul The Rape of the Lock, merupakan contoh yang baik bagi menggambarkan situasi ini. Karya seperti ini membangkitkan persengketaan keluarga yang sengit yang dicetuskan oleh suatu peristiwa remeh, iaitu kisah pemotongan segumpal rambut seorang gadis yang bernama Arabella Fermor. Bentuk yang hampir sama ditemui dalam wiraan olakan. Lihat juga burlesque, satira. |
mod (fashion) | fesyen mod | Kesenian | Tiada | Slanga Inggeris yang merujuk kepada salah satu gaya zaman pemerintahan King Edward yang digunakan oleh muda-mudi kira-kira pada tahun 1958, iaitu pakaian yang bercirikan jaket berkolar kaku tinggi, seluar sendat, kasut runcing hadapan, rambut panjang. |
heavy metal rock | rock heavy metal | Muzik | Tiada | Rock yang menggabungkan alat muzik dram dan gitar bes elektrik yang dimainkan dengan kuat. Penyanyinya pula menggunakan suara vokal yang tegang. Kumpulan heavy metal dan peminatnya merupakan satu subbudaya yang menonjolkan gaya hidup, pakaian, rambut dan bahasa tersendiri. Contoh kumpulan yang memainkan muzik heavy metal di Malaysia ialah Search, Lefthanded, Bumiputra Rockers dan Wings. |
obfuscate (advertisement) | kabur (iklan) | Komunikasi | Korporat | Kesalahan umum dalam penulisan iklan kerana menggunakan perkataan yang tidak memberikan maksud khusus, sukar difahami atau sukar ditafsirkan. Kesalahan ini biasanya terjadi apabila penulis iklan tidak memikirkan keperluan khalayak dan jenis media yang digunakan. Contohnya, kesalahan penulisan iklan pada papan tanda yang menggunakan tajuk “Kedai Gunting Wanita”. Penulisan ini mengelirukan khalayak kerana sepatutnya ditulis “Kedai Gunting Rambut Wanita”. Kesilapan seperti ini boleh berlaku disebabkan gaya penulisan yang disengajakan untuk mengaburkan makna ayat dalam iklan bagi mendapatkan perhatian khalayak, atau penulis iklan tersebut kurang menguasai aspek kebahasaan. |