Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.yung] | ݢايوڠ

Definisi : pencedok air drpd tempurung dsb yg bertangkai, sibur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.yung] | ݢايوڠ

Definisi : 1. sl sj tongkat yg dipakai sbg senjata; 2. pukulan, tetakan, tikaman, dll (dgn senjata); main ~ bersilat (bertinju dll); 3. = ilmu ~ sj mantera utk menyakitkan (membunuh dll) orang dr jauh; ~ bersambut kata berjawab prb mengelakkan serangan musuh atau menjawab percakapan orang; ~ tua, ~ memutus prb cakap orang tua-tua biasanya benar; bergayung bersilat (bertikam dll); orang ~ sama pandai sama bak kundi atas dulang prb sama arif dan bijaksana; menggayung 1. menetak, menikam, menombak dll (dgn senjata); 2. mengucapkan mantera utk membunuh musuh dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.yung] | ݢايوڠ

Definisi : pencedok air yg dibuat drpd tempurung, plastik dll dan diberi bertangkai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ga.yung] | ݢايوڠ

Definisi : 1 tongkat panjang yg digunakan sbg senjata. 2 perbuatan memarang dll; serangan yg dibuat dgn menggunakan pedang dll. 3 = ilmu ~ jampi yg dpt digunakan utk menyakiti, membunuh dll dr jauh. bergayung bermain silat atau pencak; bersilat. menggayung 1 mengayunkan pukulan dgn menggunakan pedang dll; memarang; memukul. 2 memainkan kaki dlm pencak silat. 3 membaca jampi utk menyakiti atau utk membunuh orang dll dr jauh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gayung

Puisi
 

Gayung gendang pecah balai,
     Kusembah mari raja Cendana;
Kamu dendam datang ke mari,
     Kami tak boleh datang ke sana.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Putus gayung di belebas,
     putus kata di pangkalnya (= di mulutnya).

Bermaksud :

Putusan yang berdasarkan kepada pokok pembicaraan. belebas = bilah daripada kayu dipakai sebagai perisai.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
PloughGayung BesarGeografiTiadaTiada
Big DipperGayung BesarMatematikTiadaIstilah Amerika Syarikat bagi plough. Sekumpulan bintang di dalam buruj Ursa Major yang mengandungi tujuh bintang yang tercerah dan hampir kesemuanya mempunyai magnitud yang sama. Bintangnya ialah Alioth, Dubne, Alcaid, Mizar, Phecda dan Megrez.
Plough (Big Dipper)Gayung BesarMatematikTiadaSekumpulan bintang di dalam buruj Ursa Major yang mengandungi tujuh bintang yang tercerah dan hampir kesemuanya mempunyai magnitud yang sama. Bintangnya ialah Alioth, Dubae, Alcaid, Mizar, Merak, Phecda dan Megrez.
PointersBintang PenunjukMatematikTiadaBintang Dubhe dan Merak yang terletak di hujung mangkuk Gayung Besar di dalam buruj Ursa Major dan mengarah ke arah Polaris dan kutub utara.
Megarez (Delta Ursae Majoris)Megarez (Delta Ursae Majoris)MatematikTiadaSalah satu bintang dalam mangkuk asterisma Gayung Besar di dalam buruj Ursa Major.
Merak (Beta Ursae Majoris)Merak (Beta Ursae Majoris)MatematikTiadaSalah satu bintang magnitud kedua dalam asterisma Gayung Besar di dalam buruj Ursa Major.
Mizar (Zeta Ursae Majoris)Mizar (Zeta Ursae Majoris)MatematikTiadaBintang dedua spektroskopik magnitud kedua di bahagian tengah asterisme Gayung Besar di dalam buruj Ursa Major.
Phecda/Phekda (Gamma Ursae Majoris)Phekda/Phecda (Gamma Ursae Majoris)MatematikTiadaSalah satu bintang yang tercerah dalam mangkuk Gayung Besar.

Kembali ke atas