Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.gar] | ݢݢر

Definisi : gentar, goncang, goyang; bergegar bergoyang, bergoncang: rumah itu pun ~ akibat letupan bom;menggegar menggeletar, menggetar, gemuruh: bunyi letupan ~ hingga ke rumah-rumah yg berdekatan;menggegarkan menggoncangkan, menggoyangkan, menggetarkan: satu letupan ~ kapal itu; jeritan hatiku yg amat ~ jantung;tergegar tergoncang, tergoyang: kerana kemalangan itu otaknya ~, maka terpaksalah ia dihantar ke rumah sakit gila; gegaran perihal bergegar: rumah itu roboh kerana ~ gempa; penggegar unsur (orang atau alat) yg menggegarkan sesuatu: beliau bukan sahaja penyeri tetapi juga ~ gelanggang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.gar] | ݢݢر

Definisi : ; bergegar 1 bergerak ke atas ke bawah atau ke depan ke belakang dgn cepat dan kuat; bergoncang: Ketika gempa yg hebat itu berlaku, rumah saya ~ juga. 2 bergemuruh dan bergetar: Bunyi tembakan meriam itu ~ jauh-jauh. menggegarkan menyebabkan menjadi bergegar, menggoncangkan: Letupan bom di kawasan itu telah ~ rumah-rumah di sekitarnya. gegaran hal bergegar; goncangan: Sepuluh buah rumah di tebing sungai itu terjejas oleh ~ gempa bumi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gegar

Puisi
 

Anak Cina memasang colok,
     Pergi ke pasar membeli pari;
Jangan gegar jangan dijolok,
     Kerana buah muda lagi.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
aftershockgegar penghujungGeografiTiadaTiada
judgergegarKejuruteraanTiadaSebarang gerakan yang tidak diingini pada mesin cetak atau faksimile yang menyebabkan herotan pada cetakan.
shuddergegarPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanGetaran kayu yang berlaku semasa proses pemotongan atau pembelahan, yang menyebabkan permukaan kayu beralun dan mempunyai ketebalan yang tidak sekata. Keadaan ini mengurangkan hasil dan mutu kayu gergaji
jar (vacutrol)gegarPerubatanTiadaTiada
epidemic termorgegar wabakBiologiMikrobiologiEnsephalomilitis pada anak ayam yang disebabkan oleh virus. Gejala penyakit ini ialah pergerakan otot yang tak selaras dan tak seimbang, dan boleh membawa maut.
aftershock (earth quake)gegar penghujung (gempa bumi)GeografiTiadaTiada
aftershockkejutan lanjur , gegar penghujungGeologiTiadaGempa bumi yang mengiringi gempa bumi yang lebih besar atau kejutan utama, dan gempa bumi ini bermula berhampiran dengan, atau di fokus gempa bumi yang lebih besar.
shock proofkalis gegarSejarahTiadaTiada
shock testujian gegarAeroangkasaTiadaUjian untuk menguji ketahanan pesawat terhadap gegaran.
pyro-shock testujian piro-gegarAeroangkasaTiadaUjian untuk memastikan kaedah pemisahan satelit dari pelancar dapat dilakukan.

Kembali ke atas