Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.ge.lang] | ݢݢلڠ

Definisi : sesuatu yg bentuknya spt gelang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.ge.lang] | ݢݢلڠ

Definisi : segala benda yg berupa gelang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ge.ge.lang] | ݢݢلڠ

Definisi : sesuatu yg bentuknya spt gelang; gelang-gelang. ~ rawan ist gegelang yg lembut yg terdapat pd trakea. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gegelang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
overrunning clutchcekam lebih hadKejuruteraanKejuruteraan MekanikAlat pemacu cekam yang direka bentuk khas yang mempunyai gegelang luar dan gegelang dalam. Gegelang dalam mempunyai alur segi tiga yang menempatkan pengguling keluli keras. Gegelang dalam akan memacu gegelang luar. Jika gegelang luar berputar lebih laju daripada gegelang dalam, gegelang luar akan tergelincir atau terpisah daripada gegelang dalam. Cekam jenis ini digunakan pada penghidup enjin yang berfungsi memutarkan roda tenaga dan aci engkol ketika menghidupkan enjin. Apabila enjin telah hidup dan berputar laju, gegelang luar akan terpisah daripada gegelang dalam. Selepas itu, roda tenaga dan aci engkol enjin bebas berputar mengikut laju operasi normal.
band removeraIat penanggal gegelangPergigianTiadaAlat yang digunakan untuk menanggalkan gegelang ortodontik daripada gigi. Alat ini akan memotong kepala pemegang gegelang tersebut dan kemudian gegelang itu boleh dicabut dari arah sisi gigi.
preformed band techniqueteknik gegelang siap bentukPergigianTiadaTeknik membendung bahan restorasi dengan menggunakan gegelang yang telah dibentuk mengikut anatomi gigi yang dirawat. Gegelang yang diperbuat daripada plastik akan dipasang pada pemegang gegelang dan digunakan untuk membendung bahan restorasi resin semasa pemadatannya. Setelah bahan restorasi resin set sepenuhnya, gegelang akan ditanggalkan daripada permukaan gigi.
basal ringgegelang dasarGeologiTiadaGegelang pada atau di bawah dasar gelang sagital rangka radiolaria.
inlay ringgegelang inlaiPerubatanTiadaGegelang logam digunakan sebagai acuan bahan inves semasa penginvesan pola inlai atau restorasi tuangan.
pinch bandgegelang sepitPerubatanTiadaGegelang yang perlu disediakan oleh operator sendiri daripada satu jalur logam. Jalur logam disepitkan ke gigi supaya baik padanannya dan hujung jalur dimaterikan.
preformed bandgegelang terbentukPerubatanPergigianGegelang ortodontik yang telah dibentuk dan dikonturkan mengikut kontur gigi di mana segelang akan dipasangkan.
contoured bandgegelang terkonturPerubatanTiadaGegelang yang telah terkontur mengikut gigi yang akan dipasangkan.
copper bandgegelang kuprumPerubatanTiadaGegelang atom tiub yang diperbuat daripada kuprum, berbagai saiz dan boleh diubah suai untuk berpadanan dengan gigi.
elastic bandgegelang kenyalPerubatanTiadaGegelang boleh kembali ke bentuk dan dimensi asal setelah ditarik yang digunakan dalam rawatan ortodontik untuk menggerakkan gigi.
12345678910...

Kembali ke atas