anticorona | antikorona | Fizik | Optik | Fenomenon belauan yang terjadi pada suatu titik tepat di hadapan pemerhati sementara matahari atau bulan di belakangnya. Pembelauan ini mengandungi gelang-gelang cahaya berwarna yang saling melengkapi dengan gelang-gelang korona. |
cockade structure | struktur balung | Geologi | Tiada | 1. Gelang-gelang sepusat daripada sulfida-sulfida yang berbeza yang mengelilingi kepungan.,2. Digunakan untuk kerak-kerak daripada mineral-mineral berbeza yang berturutan yang termendap di atas serpihan breksia di dalam telerang. |
core store | stor teras | Kejuruteraan | Tiada | Stor dalam komputer yang terdiri daripada gelang-gelang besi kecil dalam barisan dan lajur yang dapat dimagnet sama ada pada arah jam atau arah lawan jam, dan dengan itu menghasilkan storan perduaan. |
longitudinal | longitud/membujur | Kejuruteraan | Tiada | Galang yang merentasi bahagian luar kerangka kapal udara tegar. Ia menghubungkan gelang-gelang luar bagi kerangka-kerangka melintang. |
bronchus | bronkus | Biologi | Histologi dan Sitologi | Salur udara yang menyambung trakea dengan paru-paru vertebrat. Bronkus terdiri daripada gelang-gelang rawan yang tersusun dan dikelilingi otok tak berjalur. Pada sebelah dalam dindingnya terdapat sel kelenjar yang merembeskan serum dan sel bersilium yang berperanan memerangkap habuk dan kotoran supaya tidak memasuki paru-paru. |
ring mountains | gunung gelang | Matematik | Tiada | Kawasan tinggi di permukaan bulan yang terdiri daripada bongkah timbul berbentuk gelang-gelang seperti Apenuiness. |
ring of Saturn | gelang Zuhal | Matematik | Tiada | Tiga gelang bulat yang berada betul-betul dalam satah khatulistiwanya yang melingkungi gelang ini dikenali juga sebagai gelang kuar, gelang cerah dan gelang krep. |
ring gap | pelega gelang | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Ruang di antara bahagian hujung gelang omboh yang memudahkan gelang omboh dipasang ke dalam alur gelang omboh dan memudahkan gelang omboh mengembang apabila menjadi panas. |
ring gap | pelega gelang | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Ruang di antara bahagian hujung gelang omboh yang memudahkan gelang omboh dipasang ke dalam alur gelang omboh dan memudahkan gelang omboh mengembang apabila menjadi panas. |
piston ring | gelang omboh | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Gelang yang dipasang di dalam pengalur gelang omboh yang terdiri daripada gelang mampatan dan gelang pengawal minyak. |