filial generation | generasi filial (F) | Biologi | Genetik | Generasi selepas generasi induk. Generasi filial pertama (F1) ialah generasi pertama anak berikutan generasi induk; generasi filial kedua (F2) ialah generasi kedua anak selepas generasi induk atau generasi hasil kacukan F1 sesama sendiri. |
metagenesis | metagenesis | Biologi | Ekologi | Perselangan generasi antara generasi seks dan aseks yang menunjukkan bahawa pembiakan seks telah ditunda. Misalnya, pada kebanyakkan selenterat, medusa atau individu seks tidak terhasil terus daripada telur, tetapi pada tunas yang gugur daripada hidroid atau fasa aseks yang mendahuluinya. |
mondelinge overlevering (Bld.) | transmisi lisan | Kesusasteraan | Tiada | Penurunan sebuah cerita dari satu generasi ke generasi yang lain secara lisan. |
balanced stock | stok terseimbang | Biologi | Genetik | Stok genetik yang walaupun heterozigot boleh dipelihara daripada generasi ke generasi tanpa pemilihan. Misalnya, stok gen kemautan seimbang. |
folktale | cerita rakyat | Kesusasteraan | Tiada | Cerita rekaan dalam sastera rakyat, berbentuk naratif, disampaikan secara lisan dari satu generasi ke generasi dan merupakan hasil peninggalan nenek moyang tanpa diketahui penciptanya |
heredity | kewarisan | Biologi | Genetik | Perolehan ciri-ciri daripada ibu bapa, atau penurunan ciri-ciri genetik daripada satu generasi kepada generasi berikutnya, |
oral literature | kesusasteraan lisan; sastera lisan | Kesusasteraan | Tiada | Kesusasteraan yang disampaikan melalui pertuturan atau percakapan dikembangkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. |
gene | gen | Biologi | Fisiologi | Unit asas keturunan yang dibawa oleh satu kromosom atau sebahagian tertentu daripada kromosom, dari generasi ke generasi lain malaui gamet. Terdiri daripada nukkeoprotein dan dapat dilihat dengan mikroskop. Gen ini terdapat pada kromosom dan setiap kromosom biasanya terdiri daripada beribu-ribu gen dan satu gen terdiri daripada asid deoksiribonukleik (DNA), histon (protein sederhana), residu protein dan sedikit asid ribonukleik (RNA). |
selective advance | kemajuan pemilihan | Biologi | Genetik | Peningkatan nilai purata yang diukur untuk ciri kuantitatif yang dipilih daripada satu generasi ke generasi yang seterusnya. |
Renner complex | kompleks Renner | Biologi | Genetik | Sekumpulan kromosom (termasuk gen di dalamnya) yang disebarkan sebagai satu unit dari generasi ke generasi yang lain. |