genocide | genosid | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Jenayah yang dilakukan dengan hasrat untuk memusnahkan sesuatu kumpulan nasional, etnik, bangsa atau agama, sama ada secara keseluruhan atau sebahagiannya. Jenayah ini lazimnya menyasarkan anggota sesuatu kumpulan yang dilindungi, dan tindakan genosid merangkumi perbuatan membunuh, mendatangkan kemudaratan, mengenakan keadaan hidup yang dijangka akan membawa kemusnahan fizikal, mengenakan langkah untuk menghalang kelahiran, atau memindahkan dengan paksa kanak-kanak sesuatu kumpulan ke dalam kumpulan lain. Genosid boleh menjadi sebahagian daripada jenayah perang atau jenayah terhadap kemanusiaan, dan boleh menjadi jenayah tersendiri. Triti yang diwujudkan bagi mengatasi jenayah ini ialah Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid. |
serious bodily harm | kecederaan teruk badan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Kecederaan pada tubuh badan, kesan daripada jenayah genosid yang dilakukan oleh pihak-pihak yang ingin menghapuskan atau memusnahkan sesuatu kumpulan atau bangsa yang dilindungi. Kecederaan teruk badan merupakan salah satu elemen actus reus dalam jenayah genosid. Kecederaan teruk badan boleh disebabkan oleh perhambaan, kebuluran, deportasi, penahanan di kem yang memburukkan keadaan tahanan, rogol atau penderaan terhadap mangsa. |
serious mental harm | kecederaan teruk mental | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Kecederaan atau gangguan terhadap mental, kesan daripada jenayah genosid yang dilakukan oleh pihak-pihak yang ingin menghapuskan dan memusnahkan sesuatu kumpulan atau bangsa yang dilindungi. Kecederaan teruk mental merupakan salah satu elemen actus reus dalam jenayah genosid. Kecederaan teruk mental boleh disebabkan oleh perhambaan, kebuluran, deportasi, penahanan di kem yang memburukkan keadaan tahanan, rogol atau penderaan terhadap mangsa. Contoh kecederaan teruk mental ialah mangsa menjadi gila, fobia, takut, keinginan untuk mencederakan diri sendiri atau membunuh diri. |
genocide | genosid | Geografi | Tiada | Tiada |
genocide | genosid | Kependudukan | Tiada | Tiada |
genocide | genosid | Sosiologi | Tiada | Tiada |
genocide | genosid | Undang-undang | Tiada | Tiada |
genocide | genosid | Sejarah | Tiada | Tiada |
genocide | genosid | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tiada |
genocide | penghapusan bangsa/ pembunuhan kaum/ genosid | Umum | Tiada | Tiada |