styrena-butadiena rubber | getah stirena-butadiena | Kejuruteraan | Polimer | Sing. SBR. Getah yang terhasil daripada pengkopolimeran emulsi bitadiena dan stirena pada nisbah pecahan 3:1. Getah ini mempunyai ciri tahan lelasan yang jauh lebih baik daripada getah asli. Ia adalah bahan utama untuk bunga tayar. Sin. Buna-S. |
cold rubber | getah sejuk | Kejuruteraan | Polimer | Getah sintetik seperti getah stirenabutadiena yang dihasilkan secara pempolimeran emulsi pada suhu 5oC untuk menggalakan tindak balas penambahan cis-1, 4-butadiena. Getah ini lebih baik ciri fizikalnya daripada getah panas. |
natural rubber | getah asli | Kimia | Tiada | Getah yang diperoleh secara semula jadi daripada pokok Hevea. Getah asli merupakan cis-1,4-poliisoprena yang secara purata terdiri daripada 5000 unit isoprena, C5H8, dalam satu rantai polimer. Polimer ini larut di dalam aseton, karbon tertaklorida dan kebanyakan pelarut organik. Getah asli mempunyai struktur hablur terorientasi apabila diregangkan dan amorfus apabila tidak diregangkan. Polimer ini berciri termoplastik dan mudah terbakar. Getah asli digunakan untuk membuat tayar, perekat, dan penebat elektrik. |
stripper rubber | getah pelucut | Kejuruteraan | Petroleum | 1. Cakera getah yang dipasang di kepala tetiub bagi membuang lumpur di sekeliling paip gerudi atau tetiub semasa paip gerudi atau tetiub ditarik keluar dari dalam lubang telaga. 2. Sejenis penggantung tetiub yang umumnya digunakan pada telaga bertekanan rendah. 3. Unsur pengedapan tekanan pelucut pencegah semburan keluar. |
nitrile-butadiena rubber | getah nitril-butadiena | Kejuruteraan | Polimer | Sing. NBR. Getah yang terhasil daripada pengkopolimeran 1, 3-butadiena dengan 20 hingga 40% akrilonitril. Ia mempunyai sifat ketahanan terhadap minyak dan bahan api yang tinggi. Ia sesuai digunakan sebagai bahan pengedap dan gasket dalam industri automobil. Sin. getah nitril, getah aktilonitri-butadiena. |
natural rubber | getah asli | Kejuruteraan | Polimer | Cairan pokok terutamanya daripada pokok Hevea brasiliensis yang mengandungi 100% cis-1, 4-poliisoprena. Getah asli mempunyai berat molekul yang sangat tinggi, iaitu di antara 1.6 hingga 2.3 x 106. Ia perlu melalui proses pemamahan untuk mengurangkan berat molekul bagi memudahkan pemprosesan seterusnya. Sin getah Hevea, cis-1, 4-poliisoprena asli. |
neoprene rubber | getah neoprena | Kejuruteraan | Polimer | Jenama komersial getah kloroprena yang dihasilkan oleh DuPont, iaitu getah sintetik yang pertama. neoprena ialah trans-1, 4- polikloroprena yang dihasilkan secara pempolimeran emulsi beradikal. Ia mempunyai ketahanan yang baik terhadap minyak dan ketahanan terhadap degradasi oksidaan yang baik, iaitu tahan kepanasan yang tinggi. |
garter | gancu garter; pita getah cerut | Kesenian | Tiada | 1. Gancu garter: Gancu pada bahagian pergelangan kaki untuk menegangkan stoking. Popular pada abad ke-19.,2. Pita getah cerut: Jalur fabrik yang dililit pada betis atau diikat bawah lutut. Pakaian lelaki dari zaman pertengahan hingga abad ke-18. 3. Pita kenyal yang bercangkuk, dipakai di bawah lutut untuk menegangkan stoking. 4. Pita kenyal bulat dipakai sekeliling lengan untuk menyingsing lengan baju. |
blanket | pelapik | Kesenian | Tiada | 1. Gebar: Pelapik getah yang digunakan dalam proses mencetak. |
peeling | kupasan; pengupasan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Menanggalkan salutan getah daripada logam, kain atau bahan lain.,2. Perlongkahan elektroenapan, suatu kesan yang tidak diingini. |