vibration | getaran | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Perubahan sesaran berkala yang berterusan apabila dirujuk pada satu titik rujukan tetap. Getaran terdiri daripada dua jenis, iaitu getaran bebas dan getaran paksa. Getaran dinyatakan dalam magnitud dan frekuensi. Getaran boleh berlaku akibat turun-naik halaju, gerakan jisim tak seimbang, salah jajaran, sambungan longgar dan perambatan gelombang tekanan kerana aliran tak mantap. |
elastic ware | gelombang anjal | Kejuruteraan | Petroleum | Bentuk perpindahan tenaga yang bertindak sebagai satu medium yang di dalamnya getaran-getaran zarah merupakan canggaan plastik untuk medium tersebut. |
undamped vibration | getaran tak teredam | Mekanik | Gunaan | Getaran bebas atau getaran paksa yang ditindak oleh daya peredam boleh abai. Getaran tak teredam merupakan suatu unggulan yang mengandaikan bahawa getaran ini akan berterusan tanpa berhenti. Dalam keadaan sebenar, kesan daya peredam yang wujud akan mematikan getaran itu akhirnya. |
natural mode | ragam tabii | Mekanik | Gunaan | (bagi getaran) Keadaan getaran yang berlaku di bawah tindakan daya pemulih sahaja, iaitu di bawah keadaan getaran bebas. |
damped vibration | getaran teredam | Kejuruteraan | Tiada | Getaran bebas atau getaran paksa yang ditindaki daya pelambat yang merintangi gerakan. |
damped vibration | getaran teredam | Mekanik | Gunaan | Getaran bebas atau getaran paksa yang ditindak oleh daya pelambat yang merintangi gerakan. Lihat juga daya pelambat. |
periodic vibration | getaran berkala | Mekanik | Gunaan | Getaran yang dicirikan oleh gerakan yang berulang-ulang dengan kala yang malar. Getaran berkala yang tipikal ditunjukkan dalam Rajah G11. Lihat juga kala getaran. RAJAH G 11 |
aileron buzz | getaran aileron | Aeroangkasa | Tiada | Getaran yang berlaku pada aileron apabila halaju genting tercapai.,Getaran yang berlaku pada aileron apabila halaju genting tercapai. |
harmonic vibration | getaran harmonik | Mekanik | Gunaan | Getaran berkala yang berbentuk lengkung bentuk sinus. Lihat juga getaran berkala, lengkung bentuk sinus. |
damper | peredam | Kejuruteraan | Tiada | 2. Peranti getaran untuk menarai getaran.,3. Plat, injap atau peranti lain yang mengawal jumlah drauf dalam dandang atau serombong relau.,4. Diod yang digunakan dalam litar pesongan mengufuk penerima televisyen untuk membuatkan arus pesongan gerigi menyusut secara licin ke sifar dan bukannya berayun di sekitar sifar. |