‘aqd ghair lazim | akad tak lazim | Perniagaan Islam | Tiada | Akad yang membenarkan salah satu pihak membatalkan akad tersebut tanpa persetujuan pihak lain. Contohnya, akad simpanan yang memberi hak kepada pihak yang terlibat untuk membatalkannya pada masa yang dikehendaki. |
‘aqd ghair musamma | akad tak bernama | Perniagaan Islam | Tiada | Akad yang tidak ditetapkan dengan nama tertentu atau hukum yang berkaitan dengannya oleh syarak. Akad ini diwujudkan berdasarkan keperluan dan perkembangan masyarakat. Contohnya, akad tempahan, akad bai jual janji dan akad kontrak pembekalan. |
‘aqd ghair sahih | akad tak sah | Perniagaan Islam | Tiada | Akad yang tidak sempurna rukun dan syaratnya. Contohnya, akad jual beli barangan yang tidak wujud, barangan bukan milik atau jual beli oleh pihak yang tidak berkelayakan untuk berakad. Mengikut jumhur fuqaha, akad ini terbatal serta fasid. |
bai‘ ghair lazim | jual beli tak lazim | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jual beli nafiz yang mempunyai opsyen atau pilihan (khiyar) kepada pihak yang berjual beli. |
mal ghair mustaghallah | harta tak produktif | Perniagaan Islam | Tiada | Harta yang tidak mendatangkan hasil serta tidak ditaksirkan zakat namun masih lagi mempunyai nilai dan boleh dijual, seperti bangunan usang, tanah gersang atau kilang yang tidak beroperasi. Harta sedemikian boleh bertukar menjadi harta yang produktif sekiranya diusahakan. Banding mal mustaghallah. |
mal ghair mutaqawwam | harta tak bernilai | Perniagaan Islam | Tiada | 1. Harta yang tidak dimiliki, seperti haiwan yang masih lagi belum ditangkap, bahan galian yang masih mentah atau tumbuh-tumbuhan di padang. Sekiranya dimiliki, syarak membenarkan pengggunaan harta tersebut. 2. Sesuatu yang tidak dibenarkan penggunaannya oleh syarak kepada orang Islam kecuali ketika darurat, seperti arak dan babi. |
bai‘ nafiz | jual beli lulus | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jual beli yang tidak bergantung pada hak orang lain, iaitu sempurna rukun jual beli. Bai‘ nafiz terbahagi kepada dua, iaitu bai‘ lazim dan bai‘ ghair lazim. |
mal mustaghallah | harta produktif | Perniagaan Islam | Tiada | Harta yang dapat menjana hasil, seperti sewaan atau tanah yang dapat diusahakan. Dalam industri pengangkutan, harta dalam bentuk kapal terbang, kapal laut, lori atau kereta api digunakan dengan meluas untuk menjana pelbagai hasil. Dalam industri penternakan seperti ayam telur, ayam ialah mal mustaghallah sedangkan telur yang dihasilkan menjadi produk perniagaan. Begitu juga dengan mesin perkilangan yang digunakan untuk menghasilkan produk perniagaan. Dari perspektif zakat, harta produktif tidak tertakluk pada zakat, manakala hasil yang dijana daripada harta produktif akan ditaksirkan zakat atas nilai baki pada akhir haul dan bukan berdasarkan jumlah hasil yang dijana. Banding mal ghair mustaghallah. |