Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ghai.rah] | ‌غاءيره

Definisi : 1. nafsu (keinginan) yg keras, cinta (berahi) yg amat sangat: dia melihat gadis itu dgn penuh ~; 2. cemburu yg keras: ~nya berombak-ombak melihat kelakuan isterinya; 3. penuh minat (keinginan, nafsu, dll), mempunyai atau menunjukkan minat (keinginan dsb) yg keras atau meluap-luap: anak-anak muda itu makin ~ menyanyi; mengghairahkan 1. menimbulkan nafsu (cinta, cemburu, dll) yg amat sangat: memang kucing itu apabila berkasih-kasihan terlalu ~; 2. mengingini (mencintai, mencemburui) amat sangat: ia ~ kedudukan saudaranya itu; keghairahan 1. nafsu, percintaan, cinta berahi; 2. kecemburuan; 3. perihal ghairah (penuh minat), keinginan (minat) yg keras: ~ orang ramai menyertai koperasi yg menjanjikan kemudahan pinjaman kpd mereka tentu sekali menarik minat banyak pihak yg ternyata menangguk di air keruh; pengghairah sesuatu yg (boleh) mengghairahkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ghai.rah] | ‌غاءيره

Definisi : kemahuan hati atau nafsu berahi yg kuat; penuh minat atau penuh perasaan: Dgn penuh ~, dia menunggu jawapan drpd gadis itu. mengghairahi sangat mengingini; sangat-sangat berkehendak akan sesuatu: Dia ~ jawatan Ketua Bahagian itu. mengghairahkan menimbulkan kemahuan hati atau rasa berahi yg amat sangat: Filem-filem lucah yg ~ tidak boleh ditayangkan di negara kita. keghairahan keinginan (keberahian, kehendak) yg amat kuat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ghairah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
passionnyala rasa; ghairahKesusasteraanTiadaPerasaan cinta, masalah dan lain-lain yang amat kuat.
passionnyala rasa; ghairah; keberahianPerubatanTiadaTiada
passionnyala rasa; ghairahKesusasteraanTiadaTiada
bibliomaniacbibliomaniakPerpustakaanTiadaSeseorang yang begitu ghairah memperoleh dan mengumpul buku-buku.
narcissismnarsisismePerubatanTiadaCinta kepada diri sendiri. Keadaan ini biasanya diiringi dengan perasaan ghairah, berahi dan gejala erotisisme.
exhibitionismekshibisionismePerubatanTiadaPendedahan tubuh atau sebahagian tubuh, termasuk genitalia, dengan tujuan untuk merangsangkan perasaan ghairah pada seseorang atau pada diri orang berkenaan.
exhibitionistekshibisionisPerubatanTiadaIndividu yang suka mendedahkan tubuh atau sebahagian tubuh, termasuk genitalia, untuk merangsangkan perasaan ghairah pada dirinya atau orang lain.
passionatopassionatoMuzikTiada

 Gaya persembahan yang ghairah dan bergelora yang biasanya dimainkan dengan penuh perasaan.

leidenschaftleidenschaftMuzikTiada

 Gaya persembahan yang memaparkan sifat muzik berahi dan ghairah. Leidenschaft biasanya dimainkan dengan tempo yang cepat serta paras dinamik yang kuat.

dithyrambditirambKesusasteraanTiadaSebuah persembahan yang mengandungi dikir dan nyanyian untuk meraikan dewa Dionysius, yang berkaitan dengan arak, keseronokan dan kesuburan. Pada peringkat awalnya, ditiramb mempersembahkan cerita yang diimprovisasikan dan dinyanyikan secara solo oleh ketua kumpulan dan dijawab oleh kumpulan korus. Kemudian, ditiramb diperluas untuk meraikan dewa-dewa yang lain. Seterusnya, ditiramb berkembang daripada upacara ritual kepada bentuk kesusasteraan yang mengetengahkan cerita kepahlawanan. Dalam kesusasteraan moden (selepas abad klasik), bentuk ini sudah tidak popular lagi. Contoh ditiramb moden ialah karya Dryden, Alexander�s Feast yang memperlihatkan gaya persembahan yang penuh ghairah. Ditiramb berasal daripada bahasa Yunani dithurambos yang bermaksud �nyanyian rakyat�.
12

Kembali ke atas