Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gi.lir] | ݢيلير

Definisi : ganti, tukar, pusing (pekerjaan yg dilakukan berganti-ganti); bergilir berganti dgn mengikut aturan, bertukar berturut-turut: mereka ~ berjabat tangan; tanaman ~ tanaman yg ditanam menurut aturan, sbg ganti tanaman yg lain pd tanah (tapak) yg sama; ~-ganti berganti-ganti; bergilir-gilir, bergiliran sesudah yg satu diganti dgn yg lain, berganti-ganti, bertukar-tukar: tujuh kali ~ berpantun; menggilirkan, mempergilirkan melakukan (menjadikan dll) supaya bergilir-gilir: petani-petani yg baik ~ tanamannya; giliran = pergiliran sl pergantian, pertukaran (pekerjaan yg dilakukan bergilir-gilir): waktu malam ~ memasak ini jatuh kpd kawan-kawan yg lain pula; ~ tanaman (Tani) pertukaran menanam berbagai-bagai tanaman (pokok) dgn berganti-ganti menurut aturan, pd tanah (tapak) yg sama; kegiliran memperoleh giliran; penggiliran perihal (proses, perbuatan atau tindakan) menggantikan seseorang dgn yg lain secara bergilir-gilir atau mengikut giliran: isu ~ jawatan Ketua Menteri itu sedang hangat dibincangkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gi.lir] | ݢيلير

Definisi : , = giliran ketika atau peluang melakukan atau berlakunya sesuatu mengikut susunan yg teratur; pergantian yg teratur: Besok ~ kamu pula memasak. bergilir bertukar atau berganti mengikut aturan; berganti berturut-turut: Kerana perjalanan itu terlalu jauh, kami terpaksa ~ memandu kereta. bergilir-gilir sesudah satu yg lain pula; berganti-ganti: Tiap-tiap orang hendaklah ~ masuk ke dlm bilik itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gilir


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
input queuebaris gilir masukanKejuruteraanTiadaBaris-gilir maklumat ringkas penyata kawal kerja yang ditetapkan oleh penjadual kerja, yang memilih kerja dan langkah kerja yang patut diproses.
المهايئةgilir gunaAgama IslamFiqhMengguna manfaat barang secara bergilir-gilir.
double-ended queuebaris gilir dua hujungKomputerTiadaBaris gilir yang mempunyai dua hujung terbuka untuk membolehkan unsur ditambah atau dihapuskan pada mana-mana hujung.
queuingbaris gilirKejuruteraanTiadaSatu barisan kenderaan yang menunggu giliran untuk melepasi sesuatu halangan seperti persimpangan, pergentingan dan plaza tol di jalan raya.
queuegiliran; baris-gilirFizikTiadaTiada
rotation of cropgilir tanamanGeografiTiadaKegiatan pertanian yang mengamalkan penanaman sistematik yang berturutan beberapa jenis tanaman.
output queuebaris gilir outputKomputerTiadaTiada
priority queuebaris gilir keutamaanKomputerTiadaTiada
print queuebaris gilir cetakanKomputerTiadaTiada
message queuebaris gilir mesejKomputerTiadaTiada
123456

Kembali ke atas