glycogen | glikogen | Bioteknologi | Tiada | Glukan bercabang yang mengandungi ikatan (1-4) dan (1-6) yang terdiri dariapda unit glukosa. Granul glikogen wujud di dalam bakteria, kulat, yis atau protozoa sebagai penyimpan makanan. Glikogen memberikan warna perang kemerahan apabila bertindak balas dengan iodin. |
glycogen | glikogen | Kimia | Tiada | Polisakarida rantai bercabang, formula (C6H10-O5)n, yang terdiri daripada unit-unit glukosa, wujud dalam bentuk serbuk berwarna putih, berasa manis, larut di dalam air, tetapi tidak larut di dalam alkohol. Glikogen berfungsi sebagai simpanan karbohidrat bagi vertebrat dan banyak terdapat dalam hati dan sel otot. Aapabila perlu, glikogen akan ditukarkan kepada glukosa dan dihantar ke tisu untuk menghasilan tenaga. Polisakarida ini dapat diasingkan daripada hati melalui tindak balas dengan larutan 30% natrium hidroksida. glikogen digunakan dalam penyelidikan biokimia. Nama umumnya ialah kanji haiwan. |
glycogen | glikogen | Veterinar | Tiada | Sejenis polisakarida yang mempunyai cabang polimer glukosa yang terdapat di dalam tisu haiwan, terutamanya di dalam sel hepar dan otot. Bahan ini merupakan simpanan utama tenaga karbohidrat di dalam sel haiwan. Apabila tenaga diperlukan seperti dalam keadaan kebuluran atau aktiviti lasak, hormon glukagon akan dirembeskan oleh pankreas dan menyebabkan glikogen dipecahkan kepada glukosa untuk menghasilkan tenaga. |
glycogenosis | glikogenosis | Perubatan | Tiada | Kelainan metabolisme yang kronik pada kanak-kanak, yang dicirikan dengan pembesaran hati yang berlebihan, dan disebabkan oleh penyimpanan glikogen, hipoglisemia dan kegagalan adrenalina untuk menghuraikan glikogen akibat kekurangan enzim di dalam hati. Sin: penyakit von Gierke |
glycogen | glikogen | Sosiologi | Tiada | Tiada |
glycogen | glikogen | Perubatan | Tiada | Karbohidrat yang terdiri daripada rantai-rantai bercabang unit glukosa, yang terbentuk dan tersimpan terutamanya di dalam hati, dan juga otot. |
glycogen | glikogen | Kimia | Tiada | Tiada |
glycogen | glikogen | Kimia | Biokimia | Polisakarida glikosa berwarna putih yang larut di dalam air, tidak larut di dalam alkohol, mempunyai rasa manis, tidak toksik, dan merupakan suatu bentuk utama karbohidrat simpanan di dalam haiwan. |
glycogen | glikogen | Perubatan | Tiada | Sejenis polisakarida (C6H10O5n) yang merupakan karbohidrat simpanan di dalam haiwan. Bahan ini terdiri daripada rantaian polimer glukosa yang bercabang. Sebatian ini terbentuk dan tersimpan terutamanya di dalam hati, tetapi terdapat juga di dalam otot. Bahan ini terurai apabila perlu untuk menghasilkan glukosa. |
glycogen preservation | pengawetan glikogen | Perikanan | Tiada | Tiada |