gout | gout | Sosiologi | Tiada | Tiada |
gout | gout | Perubatan | Tiada | Penyakit metabolisme yang dicirikan oleh pertambahan kepekatan dan pemendakan asid urik di dalam serum, serta pemendakan asid urik sebagai natrium urat di dalam pelbagai tisu tubuh. |
gout | gout | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
gout | gout | Gerontologi | Tiada | Penyakit gangguan metabolisme asid urik yang menyebabkan asid tersebut terkumpul dalam darah dan bendalir tisu. |
gout | gout | Perubatan | Tiada | Keadaan yang dicirikan dengan gangguan metabolisme purina, penimbunan asid urik di dalam darah, artritis akut dan terbentuknya endapan mononatrium urat (urate) di dalam rawan sendi. |
gout | gout | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Sejenis penyakit akibat gangguan metabolisme asid urik yang menyebabkan asid tersebut terkumpul dalam darah dan bendalir tisu. Asid urik mungkin termendap disebabkan oleh luka kecil, pengambilan alkohol berlebihan, pembedahan, keletihan, gangguan emosi, jangkitan atau pengambilan ubat insulin dan penisilin. Pengambilan makanan yang mengandungi bes tinggi seperti makanan laut, organ dalaman, dan daging merah boleh menyebabkan kandungan asid urik dalam darah berlebihan. Tanda-tanda penyakit ini termasuk bengkak dan sakit kuat di bahagian sendi kaki dan tangan terutamanya di ibu jari kaki. |
colchicines poisoning | keracunan kolkisina | Kimia | Forensik | Keracunan akibat penggunaan kolkisina, iaitu ubat yang digunakan untuk merawat gout, menghalang serangan artritis gout, dan merawat kanser. Tanda utama keracunan ialah muntah, cirit-birit dan pengsan. Keracunan akut berlaku selepas 3-6 jam akibat dos berlebihan. Gejalanya adalah rasa pedih dalam kerongkong, muntah, cirit berair atau berdarah, sakit abdomen, oliguria, tekanan darah turun, anuria, kerosakan kardiovaskular, delirium, konvulsi, dan lemah otot serta kegagalan pernafasan. Kematian mengejut mungkin berlaku selepas penyuntikan dengan cepat sebanyak 2 mg. Keracunan kronik kadang-kadang menyebabkan pansitopenia, trombositopenia dengan perdarahan, leukopenia, malserapan, oliguria, dan hepatitis. Dos parah untuk orang dewasa ialah 20 mg. Kepekatan toksik adalah dari 0.005 �g/mL. Penemuan patologi dalam kes parah ialah kesesakan dan perubahan kemerosotan dalam saluran gastrousus dan buah pinggang. |
gout | gondok | Kimia | Biokimia | Penyakit metabolisme yang dicirikan oleh pertambahan kepekatan dan pemendakan asid urik di dalam serum, serta pemendakan asid urik sebagai natrium urat di dalam pelbagai tisu. |
acute gouty arthritis | artritis gout akut | Perubatan | Tiada | Artritis akut yang terjadi akibat penyakit gout. |
cheiragra | keiragra | Perubatan | Tiada | Gout pada tangan. |