cave painting | lukisan gua | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Lukisan yang dilukis pada bahagian permukaan dinding gua dengan menggunakan arang atau hematit. Antara tapak lusan gua di Malaysia ialah di Gua Badak, Gua Tambun, Gua Kelawar (Perak) dan Gua Batu Luas (Pahang). Kebanyakan hasil lukisan menggambarkan bentuk manusia dengan hiasan dan bentuk binatang. Sebahagian sarjana mengaitkan lukisan ini dengan orang Asli. Di Sarawak, lukisan gua terdapat di Gua Kain Hitam, Gua Batu Puteh, Gua Lobang Ringen dan Gua Sireh. Di Gua Niah terdapat juga lukisan yang berhubungan dengan pengebumian di dalam perahu. Di Sabah, lukisan gua ditemui di Hagop Bilo. |
cave site | tapak gua | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tapak tempat tinggal masyarakat prasejarah, pengebumian dan kem persinggahan. Tempat ini terbahagi kepada dua kategori, iaitu gua batu kapur dan pelindung batuan. Gua ini didiami semenjak Zaman Paleolitik sehingga Zaman Neolitik. Bukti penempatan manusia dikesan melalui tinggalan artifak alatan batu dan ekofak seperti tulang binatang. Terdapat bukti gua yang didiami secara berterusan melibatkan dua zaman yang berbeza, iaitu Hoabinh dan Neolitik. Lokasinya berdekatan dengan sungai, dan keadaan suhu sejuk menjadi faktor utama pemilihan oleh masyarakat zaman tersebut. Antara tapak gua yang utama di Malaysia ialah Gua Kechil dan Gua Tongkat (Pahang), Gua Cha dan Gua Menteri (Kelantan), Gua Gunung Runtuh dan Gua Teluk Kelawar (Perak), Gua Niah dan Gua Lubang Angin (Sarawak) dan Hagop Bilo (Sabah). |
Plato�s cave | gua Plato | Kesusasteraan | Tiada | Alegori gua yang membezakan antara realiti dengan bayangan. Alegori gua yang terkenal ditulis oleh Plato dalam karyanya The Republic (Buku VII). Dalam alegori tersebut, ada beberapa orang yang diikat dengan rantai sambil menghadap dinding. Api yang menyala di belakang mereka memantulkan bayang-bayang pada dinding. Bayang-bayang ini dianggap sebagai objek sebenar atau realiti. Orang yang berjaya keluar daripada gua dan melihat dunia sebenar cuba meyakinkan penghuni gua tersebut bahawa apa yang dilihat hanyalah bayangan realiti. Akan tetapi, percubaan ini gagal. Alegori ini menerangkan perbezaan antara objek yang kelihatan dengan objek yang sebenar. Alegori merujuk kepada perihal kehidupan manusia di dunia iaitu bayang-bayang sering dianggap realiti. Alegori ini memberikan inspirasi kepada pembaca sastera untuk membezakan antara makna harfiah sesebuah teks dengan makna sebenar yang tersembunyi. |
cave breccia | breksia gua | Geologi | Tiada | Serpihan bersudut daripada batu kapur yang jatuh ke lantai dari bumbung dan sisi gua dan tersimen dengan kalsium karbonat atau terdapat dalam matriks tanah gua. |
grotto | groto | Geografi | Tiada | Sebuah gua kecil dalam gua yang lebih besar. |
grotto | groto | Geologi | Tiada | Sebuah gua kecil dalam gua yang lebih besar. |
cavern | gegua | Geologi | Tiada | 2. Satu sistem gua dan kebuk gua yang besar. |
caving | jelajah gua | Sukan | Tiada | Aktiviti mendaki dan meneroka gua. |
cave deposit | mendapan gua | Geologi | Tiada | Mendapan bahan yang tak sekata di dalam gua, biasanya terdapat di dalam batu kapur. |
cave painting | lukisan gua | Kesenian | Tiada | Lukisan purba kala yang ditemui di dinding gua |