counter form | bentuk berlawanan | Landskap | Tiada | Dua bentuk yang bertentangan dalam satu gubahan. Contohnya, gubahan bentuk segi empat dan bulat dalam susun atur reka bentuk sebuah taman. |
make-up editor | penyunting gubahan | Komunikasi | Korporat | Jawatan yang terdapat dalam industri media cetak yang bertanggungjawab untuk menyelaras aktiviti reka letak gambar, grafik, dan perkataan. Penyunting gubahan perlu sentiasa bekerjasama dengan pengarang berita dan pembantunya. Tugas penyunting gubahan biasanya diperlukan pada peringkat akhir penghasilan barangan sebelum melalui proses percetakan. Sewaktu menyediakan reka letak, penyunting gubahan perlu mengambil kira saiz laporan, kepentingan isu, jenis dan tempat berita diambil, serta teks dan grafik yang sesuai. Keputusan yang diambil oleh penyunting gubahan adalah sangat strategik untuk menentukan perhatian khalayak terhadap sesuatu bahan berita yang tersiar. Penyunting gubahan dikenali juga sebagai pereka letak. |
rule of composition | peraturan gubahan | Landskap | Tiada | Tatacara yang mesti diikuti semasa melakukan kerja gubahan dalam landskap seperti menetapkan unsur utama, membentuk kerangka gubahan, tumpuan, turapan dan sebagainya. |
cinematographic composition | gubahan sinematografi | Landskap | Tiada | Gubahan reka bentuk landskap yang mengandungi beberapa pemandangan yang disusun mengikut turutan yang seolah -olah menggambarkan seperti sebuah cerita dalam wayang gambar. |
floral arrangement | gubahan bunga | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Gubahan bunga: Susunan bunga dalam vas atau bekas yang terdiri daripada berbagai-bagai jenis atau sejenis sahaja sebagai hiasan. |
composition | gubahan; komposisi; kandungan; rencaman, ciptaan | Kesenian | Tiada | 2. Gubahan: Susunan unsur reka bentuk dalam sesebuah karya seni. |
composition | gubahan; komposisi; kandungan; rencaman, ciptaan | Kesusasteraan | Tiada | 1. Komposisi: Gubahan karangan yang lebih mementingkan unsur-unsur yang membangunkan karya dalam mencapai suatu kriteria yang tersusun, seimbang dan tepat bagi menghasilkan karya kesusasteraan. |
composition | gubahan; komposisi; kandungan; rencaman, ciptaan | Kesenian | Tiada | 3. Ciptaan: Hasil gubahan sesuatu melodi lengkap. |
form composition study | kajian gubahan bentuk | Landskap | Tiada | Analisis susunan pelbagai bentuk ya ng sepadan bagi mewujudkan suatu gubahan yang harmoni di sesuatu kawasan. |
provocative design | reka bentuk provokatif | Landskap | Tiada | Gubahan landskap yang membangkitkan satu perasaan positif atau negatif yang memerlukan seseorang meneliti gubahan tersebut secara terperinci. |