moving cluster | gugus bergerak | Matematik | Tiada | Gugus bintang berserak, seperti gugus Hyades atau Ursa Major, yang jaraknya dapat ditentukan berdasarkan halaju jejarian dan gerakan sebenar setiap bintang, kerana bintang di dalam gugus ini memiliki gerakan ruang yang sama, dan jika sistem itu berada cukup hampir dengan bumi, jaraknya akan kelihatan seperti mencapah keluar dari satu titik di dalam ruang, dan arah titik ini adalah selari dengan gerak ruang gugus yang berkenaan. |
cluster of stars | gugus bintang | Matematik | Tiada | Kumpulan bintang yang anggotanya lebih hampir dengan satu sama lain berbanding dengan bintang-bintang di sekelilingnya, dan dikelaskan kepada dua jenis am : gugus galaksi/gugus terbuka, dan gugus globul. |
supercluster | supergugus | Matematik | Tiada | Gugus beberapa gugus galaksi. |
acyl group | gugus asil | Herba | Fitokimia | Nama am yang digunakan untuk merujuk kepada gugus yang terdiri daripada kumpulan berfungsi karbonil yang terikat kepada kumpulan alkil atau aril. Gugus asil terdapat pada beberapa siri sebatian organik. Asetil dan benzoil ialah contoh khusus bagi gugus asil. |
neutron lifetime log | log masa reput terma | Kejuruteraan | Petroleum | Log telaga yang merekodkan data pengukuran yang diperolehi daripada proses penembakan neutron secara gugus demi gugus ke dalam formasi. Setiap tembakan diselangi dengan masa hening, iaitu neutron dipancutkan sehingga secara keseluruhannya fenomenon yang terjadi ialah denyut-denyut neutron masuk ke dalam formasi. neutron ini dikeluarkan oleh penjana neutron. Log-log telaga yang termasuk dalam jenis ini ialah log masa reput terma, log tempoh hayat neutron dan log sinar gama spektrum teraruh. |
biocytin | biositin | Kimia | Tiada | Sebatian yang terbentuk akibat pengikatan biotin melalui gugus karboksilnya dengan gugus amino suatu molekul lisina. |
blocking group | kumpulan penghalang | Kimia | Tiada | Kumpulan yang bertindak balas dengan gugus amino bebas atau gugus karboksil dalam asid amino, yang menghalangnya untuk mengambil bahagian seterusnya dalam pembentukan ikatan peptida. |
adenine-thymine pairing | perpasangan adenina-timina | Kimia | Tiada | Pasangan berdasarkan ikatan hidrogen antara gugus adenina dan gugus timina dalam molekul DNA. |
main sequence fitting | padanan jujukan utama | Matematik | Tiada | Kaedah untuk mengukur modulus jarak, yakni jarak gugus bintang, terutamanya gugus terserak, melalui pemindahan dua graf jujukan utama. |
Coma cluster | gugus Koma | Matematik | Tiada | Gugus galaksi berbentuk sfera, berhampiran dengan kutub galaksi utara, dalam buruj Coma Berenices yang mengandungi sekurang-kurangnya 1000 galaksi SO elip yang cerah. |