Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : benda manis yg dibuat drpd pati (air) tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan (spt tebu, kelapa, anggur, dll); ~ aising gula berbentuk serbuk berwarna putih yg digunakan utk membuat aising; ~ anggur gula drpd buah anggur; ~ aren (enau, kabung) gula drpd nira enau; ~ batu (buku) gula yg berketul-ketul; ~ bit gula yg terdapat drpd ubi bit putih; ~ demerara gula tebu berwarna perang muda yg datangnya dr Demerara; ~ ganting gula kasar; ~ getah manisan yg dicampur getah (karet) utk dikunyah; ~ kastor gula putih yg sangat halus; ~ kuning gula pasir yg berwarna kemerah-merahan; ~ melaka (jawa, kelapa, nyiur, tuak) gula drpd nira kelapa; ~ merah a) gula pasir merah; b) gula enau (kabung); ~ pasir (putih) gula halus spt pasir dibuat drpd air tebu; ~ ringkas gula dlm bentuk ringkas spt glukosa, fruktosa, galaktosa; ~ tarik sj manis-manisan drpd gula; ~ tebu gula drpd tebu; penyakit ~ kencing manis; ada ~ ada semut prb di mana banyak keuntungan dan rezeki, di situlah banyak orang berkumpul; hitam-hitam ~ jawa prb Jk dikatakan kpd perempuan yg hitam kulitnya tetapi manis rupanya; semanis-manis ~, ada pasir di dalamnya prb kata-kata yg lemak manis itu biasanya berisi tipu muslihat; umpama ~ di dlm mulut prb pekerjaan yg mudah dilakukan (sesuatu yg sudah dikuasai); gula-gula 1. bermacam-macam manisan dibuat drpd gula; ~ getah sj gula-gula bergetah dan berperisa utk dikunyah-kunyah sahaja; 2. bp sesuatu yg menyukakan hati; 3. bp gundik, perempuan utk bersuka-suka; menggula, menggula-gula bp mengangkat-angkat (menyanjung-nyanjung) utk mendapat sesuatu, melakukan atau mengatakan yg muluk-muluk terhadap seseorang utk memperdayanya atau mendapatkan sesuatu: bijak sungguh orang tua yg berasal dr Pulau Pinang itu berdiplomasi, patutlah bapa aku dulu mudah digulanya; menggulai memberi bergula pd, membubuh gula pd;menggulaikan menjadikan (kata-kata, percakapan, dsb) manis dan muluk-muluk utk memperdaya seseorang atau utk mendapatkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gula I

Puisi
 

Berapa mahal gula putih? Mahal lagi gula jawa;
     Berapa lama kita berkasih? Biar sama membuang nyawa.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Bagai susu dengan sakar,
     dibuat tengguli.

Bermaksud :

Sangat padan; bersetujuan benar. sakar = gula; tengguli = air gula.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
coconut palm sugargula melaka; gula kelapaPentadbiran PerniagaanTiadaGula kelapa: Gula daripada nira kelapa.
sugar-palm sugargula kabung/gula melaka/gula kelapaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
confectionerykonfeksioneriMakanan dan PemakananMakananKumpulan manisan yang kaya dengan gula dan karbohidrat. Konfeksi terbahagi kepada dua pengelasan, iaitu konfeksi reroti dan konfeksi gula. Konfeksi reroti atau konfeksi tepung merangkumi pastri manis, kek dan produk sepertinya. Konfeksi gula termasuk gula-gula, gula berkacang, coklat, gula getah, manisan dan produk konfeksi lain yang diperbuat daripada gula sahaja.
confectionarykedai gula-gulaPentadbiran PerniagaanTiadaKedai yang menjual manisan atau gula-gula dan kadang kala kandi dan aiskrim.
confectionerpembuat gula-gulaPentadbiran PerniagaanTiadaOrang yang membuat manisan atau gula-gula dan kadang kala kandi dan aiskrim.
gulagulaBiologiEntomologiPlat kutikel ventral di bahagian tengah kepala serangga yang terletak di antara gena dan memisahkan labium dengan foramen oksiput.
bastard sugargula sedang; gula kuningPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
monosaccharidemonosakaridaKimiaBiokimiaGula ringkas yang tidak dapat dihidrolisiskan kepada gula yang lebih ringkas. Gula ini mempunyai formula umum C11H20O11, dengan n yang bernilai 5 dan 6 merupakan gula yang terpenting dan wujud secara semula jadi. Monosakarida dapat wujud dalam bentuk polihidroksi aldehid iaitu aldosa, atau polihidroksi keton, iaitu ketosa. Gula tersebut dinamakan pentosa apabila n = 5, dan heksosa apabila n = 6. Gabungan kedua-dua penamaan ini menghasilkan kumpulan sebatian yang dikenal sebagai aldopentosa seperti ribosa dan arabinosa, ketopentosa seperti ribulosa dan xilulosa, aldoheksosa seperti glukosa dan manosa, dan ketoheksosa seperti fruktosa dan serbosa. Gula yang lebih konpleks biasanya terbentuk daripada gabungan sebatian-sebatian ini. Gula ini larut di dalam air dan aktif optik dalam keadaan terlarut itu. lih. karbohidrat.
lollygula-gulaPendidikanTiadaTiada
lollygula-gulaEkonomiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas