Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. benda yg berlembar-lembar atau berutas-utas yg dilipat begitu rupa hingga berbentuk bulat torak, bentuk bulat panjang drpd benda berlembar-lembar atau berutas-utas yg dilipat: belat se~; dawai lima ~; ~ kain itu tidak betul diikat; 2. ark gulung-gulung kayu yg melintang di antara kasau jantan dan kasau betina; ~ tikar ki bankrap (bkn perusahaan, perniagaan, dsb); gulung-gemulung = bergulung-gulung; bergulung 1. berada dlm gulung (spt kain, layar, dll): tatal ~ spt subang; 2. bergerak spt berguling (ombak, asap, dll); 3. melengkung ke atas atau ke bawah pd hujung atau tepi daun dll; bergulung-gulung 1. banyak gulung: membeli tikar ~; 2. bergerak spt berguling-guling: gelombang air datang ~; asap api ~; menggulung 1. melipat benda yg berlembar atau berutas sehingga berbentuk panjang bulat: tatal itu digulungnya spt subang; ~ rokok daun; 2. melilitkan (benang, tali, dll) pd gelendong: ~ benang; 3. ki menghambat, mengejar musuh, mengalahkan: dia telah dapat ~ lawannya; 4. mengakhiri, menyudahi, menutup (ucapan, perdebatan, dsb dgn mengemukakan atau menonjolkan aspek-aspek yg penting): dia berkata demikian sewaktu ~ ucapan mengenai anggaran belanjawan kementeriannya; ~ lengan baju ki bersiap utk bekerja; ~ tikar ki bersurai, bubar; tergulung sudah digulung; gulungan lipatan berbentuk bulat torak: ~ belat; penggulungan perihal (perbuatan dsb) menggulung (perdebatan dsb): ~ hujah dlm kes yg berat memerlukan perbandingan kes dan undang-undang; penggulung alat dll utk menggulung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gulung I

Puisi
 

Asap api bergulung-gulung,
     Anak buaya terlampai-lampai;
Hajat hati nak peluk gunung,
     Apakan daya tangan tak sampai.


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
trussed purlingulung-gulung kekudaKejuruteraanKejuruteraan BangunanGulung-gulung yang diperkuatkan dengan menggunakan batang pengikat.
barge boardbod tumpu gulung-gulungKejuruteraanKejuruteraan BangunanBod yang dipasang di kedua-dua hujung kerangka bumbung untuk menutup gulung-gulung. (Rajah 14)
subpurlinsubgulung-gulungKejuruteraanKejuruteraan BangunanBahagian kekuda yang kecil yang direntangkan di antara jeriau ataupun gulung-gulung dan digunakan untuk mengikat genting. Subgulung-gulung terdapat pada kekuda yang diperbuat daripada konkrit atau keluli.
ibu papan gulungibu papan gulungKesenianTiadaBahagian papan gulung yang berupa papan yang beralur di bahagian tepi tempat anak papan gulung.
anak papan gulunganak papan gulungKesenianTiadaBahagian papan gulung yang terdiri daripada sepasang kayu bulat yang mengapit sisi kiri dan sisi kanan ibu papan gulung untuk menggulung benang lungsin.
purlingulung-gulungKesenianSeni BinaStruktur yang dipasang secara melintang pada kekuda bumbung, yang berfungsi untuk menyokong dan mengukuhkan kasau pada kedudukannya. Struktur ini boleh diperbuat daripada kayu atau keluli, dan terletak sejajar dengan tulang perabung.
purlingulung-gulungKejuruteraanKejuruteraan BangunanAnggota yang berkedudukan mengufuk pada kekuda bumbung yang bertindak untuk mengikat kasau pada kedudukannya.
barge boardtumpu gulung-gulungKejuruteraanTiadaTiada
counter-battenanak gulung-gulung atasKejuruteraanTiadaTiada
purlinkasau lintang/gulung-gulungKejuruteraanTiadaRasuk bumbung yang melintang, serenjang dengan kekuda atau kasau, yang menyokong bahan bumbung atau kasau biasa.
12345678910...

Kembali ke atas