arithmetic progression | janjang aritmetik | Matematik | Tiada | Jujukan sebutan yang setiap sebutannya ialah hasil tambah sebutan sebelumnya dengan suatu kuantiti yang tetap. Kuantiti tetap ini dinamai beza sepunya, dan sebutan yang di hadapan sekali dikenali sebagai sebutan awal. Misalnya, bagi janjang aritmetik 5, 7, 9, 11, 13, ..., beza sepunyanya ialah 2, dan bagi janjang aritmetik 6, 3, 0, -3, -6, ..., beza sepunyanya ialah -3. Secara umum, janjang aritmetik dengan sebutan awal a dan beza sepunya d boleh ditulis a, (a + d), (a + 2d), (a + 3d), .... |
geometrical progression | janjang geometri | Matematik | Tiada | Jujukan sebutan yang setiap sebutannya ialah hasil darab sebutan sebelumnya dengan suatu kuantiti yang tetap. Kuantiti yang tetap ini dinamai nisbah sepunya, dan sebutan yang di hadapan sekali dikenali sebagai sebutan awal. |
electric multiple unit (E.M.U.) | unit tren elektrik berganda | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Unit tren yang terdiri daripada beberapa koc yang dijadikan satu set dan boleh disambung menjadi beberapa set lain. Unit ini menggunakan kuasa elektrik dan dilengkapi kemudahan pemanduan sendiri di koc bahagian hadapan sekali. |
ascot tie | tali leher askot | Kesenian | Tiada | Tali leher lebar, hujungnya serong, diikat sekali di hadapan dan ditetapkan dengan pin. Diperkenalkan pada tahun 1876 di Eropah. |
ascot | askot | Kesenian | Tiada | Kolar daripada sekeping kain panjang, dijahit di tengah belakang, dibelit sekeliling leher dan disimpul sekali ke hadapan |
ascot collar | kolar askot | Kesenian | Tiada | Kolar yang dibuat daripada sekeping kain panjang, dijahit ditengah belakang, dibelit sekeliling leher dan disimpul sekali ke hadapan. |
ascot collar stock | stok kolar askot | Kesenian | Tiada | Kolar yang dibuat daripada sekeping kain panjang, dijahit di tengah belakang, dibelit sekeliling leher dan disimpul sekali ke hadapan. |
leading edge | pinggir depan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Bahagian hadapan aerofoil atau sayap.,2. Peralihan bagi denyut, yang berlaku dahulu.,3. Pinggir kad tertebuk yang pertama sekali masuk ke dalam pembaca kad.,4. Bahagian amplitud yang meningkat bagi isyarat denyut. |
commuted value | nilai terkomutasi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Amaun bayaran sekali gus pada satu tarikh tertentu yang setara dengan bayaran bersiri yang patut dibayar pada beberapa tarikh di masa hadapan. |
scoop neckline | garis leher skup | Kesenian | Tiada | Garis leher bulat dan lebar di bahu atau belakang atau hadapan dan atau kedua-duanya sekali. Diperkenalkan sebagai pakaian malam pada akhir tahun 1930-an. Sekarang dipakai sebagai pakaian harian. |