advanced page | halaman awal | Komunikasi | Tiada | Halaman yang dicetak lebih awal daripada halaman-halaman dalam media cetak yang lain untuk memudahkan proses penerbitan akhbar. |
blind print | cetak buta | Perpustakaan | Tiada | Istilah yang digunakan bagi merujuk halaman-halaman yang tidak tercetak secara tidak sengaja. |
lawn edging | tepian halaman rumput | Landskap | Tiada | Bahagian tepi halaman rumput yang memisahkan halaman tersebut dengan bahagian lain dalam sesebuah taman. Sekeping logam, plastik atau kayu digunakan untuk memisahkan bahagian tepi halaman rumput dengan bahagian lain di dalam taman. |
continuation sheet | halaman sambungan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Halaman sambungan daripada halaman sebelumnya. |
full-run sponsorship | penajaan halaman penuh | Komunikasi | Korporat | Salah satu jenis penajaan ruang akhbar atau majalah. Jenis penajaan lain ialah penajaan separuh dan penajaan bersama. Kos keseluruhan penajaan halaman penuh biasanya ditanggung oleh sebuah syarikat pengiklanan. Melalui kaedah ini syarikat berhak terhadap halaman akhbar atau sesuatu keluaran majalah yang ditaja. Syarikat ini juga berhak menentukan kedudukan halaman untuk penerbitan iklannya. Terdapat juga penaja halaman penuh yang berpengaruh dalam menentukan nilai dan pengisian kandungan halaman yang ditaja. Halaman atau penerbitan yang ditaja penuh biasanya diisi dengan berita atau kandungan yang mempunyai pengaruh atau dijangka boleh mendapat perhatian masyarakat. Dalam kedudukan sebegini, pihak penaja penuh kadangkala turut bertanggungjawab untuk membantu menguruskan sidang media mengenai isu atau penerbitan yang ditaja bersama pihak penerbit. Halaman atau penerbitan yang ditaja penuh biasanya bertepatan dengan sesuatu peristiwa utama negara atau hari-hari signifikan kepada organisasi dan dunia. Penaja hal |
bastard title | judul pengenal | Perpustakaan | Tiada | Judul pengenal: Judul ringkas buku yang tertera pada halaman kanan, sebelum halaman judul yang berfungsi untuk melindungi halaman judul dan membantu pencetak mengenal pasti kedudukan helaian pertama buku tersebut. |
compose | gubah | Perpustakaan | Tiada | 1. Menyediakan komposisi bahan bercetak dengan menentukan dan mengeset huruf demi huruf, baris demi baris dan halaman demi halaman. |
back-to-back (advertising) | iklan depan belakang | Komunikasi | Tiada | Iklan yang bersambung pada halaman depan dan belakang dalam sesuatu penerbitan media cetak. Contohnya, iklan yang disiarkan di halaman hadapan wujud juga sambungannya di halaman belakang atau iklan yang sama di halaman hadapan wujud juga di halaman belakang. |
vertical half page | separuh halaman menegak | Komunikasi | Korporat | Ruang iklan menegak yang memenuhi separuh halaman sesuatu penerbitan bercetak. Ruang iklan ini mempunyai dua faedah utama. Pertama, kos iklan yang rendah. Kedua, cara ini boleh menarik perhatian khalayak untuk membaca bahan bertulis di sebelahnya yang secara tidak langsung akan terdedah kepada iklan berkenaan. Iklan yang memenuhi ruang ini kerap disesuaikan dengan tema rencana pada halaman tersebut dan jenis khalayak yang disasarkan. Selain boleh menjimatkan kos, iklan ini boleh meningkatkan keberkesanan penyampaian mesej. Walau bagaimana pun, kos ruang iklan ini bergantung pada jenis dan kedudukan halaman dalam sesuatu penerbitan. Lebih kerap halaman terdedah kepada pembaca maka lebih tinggi nilai kos iklan di halaman menegak tersebut.. |
page fault | kecelaan halaman | Matematik | Tiada | Apabila sesuatu rujukan di buat ke atas suatu alamat pada halaman yang tidak wujud dalam ingatan utama, maka ia di gelar kecelaan halaman. |