bamboo mat board | papan hamparan buluh | Buluh | Tiada | Papan yang dihasilkan daripada anyaman bilahan buluh yang disapu perekat serta disusun secara berlapis sebelum dikenakan tekanan dan haba. Sinonim papan lapis hamparan buluh, papan lapis hamparan anyaman buluh. |
bamboo mat plywood | papan lapis hamparan buluh | Buluh | Tiada | Lihat papan hamparan buluh. |
bamboo mat weaving plywood | papan lapis hamparan anyaman buluh | Buluh | Tiada | Lihat papan hamparan buluh. |
reef flat | hamparan terumbu | Perikanan | Tiada | Kawasan terumbu karang yang rata di antara kelompok terumbu karang yang tinggi. Hamparan terumbu biasanya menjadi habitat pelbagai jenis ikan karang. |
undercarpet wiring system | sistem pendawaian bawah hamparan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Sistem pengalir elektrik yang terletak di bawah hamparan yang dipasang mendatar dan ditebat. |
rug | ambal | Kesenian | Hiasan Dalaman | Hamparan lembut, tebal, yang tidak melekat pada lantai serta tidak menutupi keseluruhan ruang rumah. Hamparan ini terdiri daripada pelbagai bentuk dan rekaan hiasannya diperbuat daripada kulit binatang yang diawet. Contohnya ambal beruang, ambal harimau atau ambal kambing biri- biri. Lazimnya, ambal dianggap lebih bernilai berbanding permaidani. |
mat | hamparan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Curahan gentian dan/atau serpai kayu bersama perekat atau air di atas suatu rangka khas sebelum ditekan menjadi kepingan papan serpai atau papan gentian. Hamparan ini memgandungi komposisi campuran yang berbeza mengikut keperluan jenis papan yang hendak dihasilkan. |
cell | sel | Teknologi Maklumat | Perisian | Kotak empat segi yang merupakan titik silang bagi baris dan lajur dalam perisian hamparan/helaian rebak seperti MS Excel. Data yang ingin diletakkan dalam hamparan perlu dimasukkan melalui sel ini. Setiap sel hanya boleh memegang satu data sahaja pada satu masa. Bilangan lajur dalam perisian MS Excel ialah 256 manakala bilangan baris ialah 65,536. Hal ini bererti jumlah keseluruhan sel dalam perisian MS Excel adalah sebanyak 16,777,216. |
outlay | hamparan; perbelanjaan | Perubatan | Tiada | Tiada |
carpeting | hamparan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |