Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hampir (adverba)
1. Dalam konteks jarak
bersinonim dengan dekat, rapat,
Berantonim dengan jauh

2. Dalam konteks masa
bersinonim dengan tidak lama lagi, sedikit masa lagi, sekejap lagi, sebentar lagi,

Kata Terbitan : hampir-hampir, berhampiran, menghampiri, menghampirkan, kehampiran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chestnutberanganPentadbiran PerniagaanTiadaBuah yang bentuknya hampir bulat dan berkulit keras, boleh dibakar, direbus atau dikukus dan digunakan sebagai inti untuk ayam, stew dan sup.
chestnutberanganPentadbiran PerniagaanTiadaBuah yang bentuknya hampir bulat dan berkulit keras, boleh dibakar, direbus atau dikukus dan digunakan sebagai inti untuk ayam, stew dan sup.
DipterocarpaceaeDipterocarpaceaePerhutananSains Kayu dan Hasil HutanFamili tumbuhan yang menghasilkan kayu balak yang paling penting dan dominan di Malaysia dan Asia Tenggara. Tumbuhan dalam famili ini menghasilkan isipadu kayu yang paling banyak dan mempunyai nilai dagangan yang paling tinggi di Malaysia, dan hampir kesemua spesies dalam famili ini boleh didagangkan. Kayu ini boleh digolongkan dalam tiga kumpulan, berdasarkan ketumpatan dan ketahanan, iaitu kumpulan kayu ringan, kayu keras sederhana dan kayu keras berat. Contoh kayu keras ringan ialah alan, gerutu, melantai, meranti bakau, meranti merah muda, meranti merah tua, merawan, dan mersawa; contoh kayu sederhana ialah alan batu, kapur, dan keruing; dan contoh kayu keras berat ialah balau, balau merah, cengal, resak, giam, dan penyau.
rolled asphaltasfalt tergelekKejuruteraanTiadaDasar atau lapisan penghausan yang terdiri daripada asfalt keras dan agregat kasar ditebar panas dan digelek sehingga ia hampir bebas daripada lompang.
wood plastic compositekomposit kayu-plastikPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanGabungan kayu dengan pastik, iaitu hampir kesemua ruang rongga dipenuhi bahan plastik. Komposit ini dihasilkan dengan mengisi tepu monomer plastik seperti metil metakrilat ke dalam kayu sama ada dengan merendam menggunakan tekanan dan diikuti dengan proses pemejalan dan pempolimeran. Komposit kayu-plastik biasanya lebih tahan, lebih keras dan mempunyai keupayaan keringan lembapan yang lebih baik dibandingkan dengan kayu biasa.
kembang semangkukkembang semangkukPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Seaphium spp. daripada famili Sterculiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah kembang semangkuk bulat dan kembang semangkuk jantung, dan di Sabah ialah kembang semangkuk batu. Spesies utama kayu ini termasuk Scaphium macropodum, S. linearicarpum, dan S. longiflorum. Gubal kayu dan teras kayu kembang semangkuk berwarna hampir sama, iaitu kuning coklat atau coklat muda. Tekstur kayunya agak kasar dan tidak sekata, kerana mempunyai ruji dan lapisan parenkima yang lebar. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 515 hingga 755 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu kembang semangkuk ini menghasilkan pola ira yang menarik dan menjadikannya sesuai untuk hiasan dalaman, papan panel, papan lapis, dan venir hiasan.

Kembali ke atas