Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.nyut] | هاڽوت

Definisi : 1. dibawa mengalir oleh air (ombak, banjir, dsb): kayu itu ~ dibawa air pasang; 2. pergi jauh-jauh (mengembara, membawa diri atau membawa untung): lebih baik saya ~ ke negeri lain drpd hidup memendam rasa; 3. = berhanyut gelincir, meleset, larat (kerana licin dll): beberapa kali ia membuang sauh, ~ juga sauhnya itu; maka dibedilnya belu­lang itu, ~ tiada terus; 4. ki terlalu asyik, sedang khayal, terbawa mengelamun: mereka ~ dibuai lagu yg berirama lembut; penulis-penulis muda yg dikatakan sedang ~ ke satu alam yg penuh dgn kata-kata yg hebat; ~ harta bendanya hilang lenyap, habis, lesap; ~ hatinya merasa rawan; orang ~ a) orang yg hanyut di air (sungai, laut); b) orang yg mengembara ke mana-mana (orang dagang, musafir); ~ dipintasi, lulus diselami, hilang dicari prb menolong orang dlm masa kesusahan; malu berkayuh, perahu ~ prb kalau segan berusaha tidak akan mendapat kemajuan; terapung tak ~ terendam tak basah prb belum ada keputusan (ketentuan, ketetapan); berhanyut-hanyut 1. = berhanyutan ter­apung-apung dibawa air (banjir, ombak): berhari-hari kapal itu ~ dibawa ombak; mana yg tidak tenggelam tinggallah berha­nyutan; 2. pergi ke mana-mana: biar aku ~ ke rantau orang; 3. berlarut-larut, berlanjut-lanjut: perbualan mereka ~; menghanyutkan 1. membawa (menyebab­kan) hanyut (mengalir), dibawa oleh aliran: dihanyutkannyalah rakit itu ke laut; 2. ki membawa (diri) berangan-angan: dihanyutkan oleh khayalan; air tenang ~ prb orang yg pendiam itu biasanya berilmu dan dapat melakukan pekerjaan besar-besar; hanyutan benda yg dihanyutkan; kehanyutan perihal (keadaan dsb) terlalu asyik dgn sesuatu (selama terbawa menge­lamun dsb): watak-watak anak muda, diperlihatkan ~ dlm arus kota yg simpang-siur; penghanyutan perihal atau perbuatan menghanyutkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.nyut] | هاڽوت

Definisi : 1 dibawa mengalir oleh air, ombak dll: Perahunya ~ dibawa oleh air bah. 2 pergi membawa diri atau mengembara jauh-jauh. 3 ki terlalu asyik sehingga terlupa akan yg lain-lain; terbawa mengelamun: Dia ~ memikirkan masa depannya. berhanyut-hanyut terapung-apung dibawa air, ombak dll: Empat hari empat malam, perahunya ~ dibawa ombak. menghanyutkan 1 membawa hanyut; membawa mengalir: Air bah yg dahsyat itu telah ~ pondok mereka. 2 ki menyebabkan hanyut (asyik): Kenangan manis itu telah ~nya. hanyutan sesuatu yg dihanyutkan. penghanyutan perbuatan atau hal menghanyutkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hanyut (kata kerja)
1. Bersinonim dengan leka: khayal, asyik, mengelamun, melamun, berangan-angan, syok,

2. Bersinonim dengan terapung-apung: dibawa arus, bergerak,

3. Bersinonim dengan mengembara: membawa diri, membawa untung, pergi jauh-jauh, berkelana, berpetualangan, bermusafir,

Kata Terbitan : berhanyutan, menghanyutkan, kehanyutan,

Puisi
 

Tudung saji hanyut terapung,
     Hanyut sampai Pulau Jerjak;
Hajat hati nak pulang ke kampung,
     Badan terkurung tempat dipijak.


Lihat selanjutnya...(50)
Peribahasa

Segan (= malu) berkayuh,
     perahu hanyut.

Bermaksud :

Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung [= berkayuh] perahu hanyut, b. Segan bergalah, hanyut serantau).

 

Lihat selanjutnya...(27)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
drift floatpelampung hanyutPerikananTiadaPelampung yang dibiarkan hanyut dibawa arus dan dilepaskan sehingga pelampung sampai ke kawasan sasaran. Pelampung hanyut sesuai digunakan sekiranya tempat memancing atau bot pancing jauh dari kawasan sasaran.
back-driftinghanyut ke belakangPerikananTiadaTeknik memancing di atas bot dengan membiarkan tali kail hanyut di belakang bot sehingga umpan mencecah ke dasar air. Dalam teknik ini, bot dibiarkan hanyut mengikut arus sambil pemancing menarik kail dan umpan secara perlahan-lahan.
drift mobilitykelincahan hanyutKejuruteraanTiadaHalaju hanyut purata bagi pembawa cas per unit medan elektrik.
drifting snowsalji hanyutGeografiTiadaSalji yang hanyut dalam arus tiupan angin.
drift anglesudut hanyutMatematikTiada1. Sudut hanyut: Sudut di antara arah perjalanan pesawat udara di permukaan bumi dengan arah yang dituju oleh pesawat udara itu.
laser induced drifthanyut aruh laserKejuruteraanTiadaPengaruhan halaju hanyut untuk mengasingkan isotop terpilih dalam sesuatu atom dengan menggunakan laser.
dead drifthanyut matiPerikananTiadaTeknik memancing yang dilakukan dengan membiarkan umpan hanyut bersama-sama arus. Teknik ini digunakan untuk memancing di sepanjang laluan arus. Teknik ini digunakan dalam pancing layang. Lihat juga pancing layang.
drifthanyut(an)AeroangkasaTiada2. Hanyutan: Bahan seperti ini dan mineral yang diangkut dan mendap secara mekanik. 3. Hanyut: Komponen sisi pergerakan pesawat udara disebabkan angin lintang.
drift dust or sanddebu atau pasir hanyutGeografiTiadaPasir atau debu yang hanyut dalam arus tiupan angin.
drift netpukat hanyutGeografiTiadaJala tangkap ikan yang besar yang diletakkan ke dalam laut dengan menggunakan beratan di bahagian bawah dan bahagian atasnya hanyut mengikut arus pasang surut.
12345678910...

Kembali ke atas