multiple drift corrections | pembetulan hanyutan berbilang | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Kaedah penerbangan pola tekanan yang menggunakan satu set sudut pembetulan hanyutan yang diterapkan pada bahagian berurutan suatu laluan penerbangan. Pembetulan hanyutan berbilang diperlukan untuk menetapkan arah yang telah ditentukan di bumi, kerana pembetulan hanyutan tunggal menghasilkan arah yang agak berliku-liku. |
single drift correction | pembetulan hanyutan tunggal | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Kaedah penerbangan pola tekanan menggunakan nilai tunggal sudut pembetulan hanyutan yang digunakan pada penerbangan dari titik mula hingga ke tempat tujuan. Nilai dipilih berpandukan ramalan min halaju angin di sepanjang penerbangan. |
genetic drift | hanyutan genetik | Sains Forensik | Tiada | Keadaan kekerapan alel yang turun naik secara rawak disebabkan oleh saiz populasi yang kecil ataupun ralat dalam pensampelan. Kesan hanyutan genetik ini adalah lebih besar dalam populasi kecil dan lebih kecil dalam populasi besar. Kesan ini perlu diambil kira semasa membuat penaksiran statistik forensik. |
drift | hanyutan | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | 1. Kesan halaju bendalir terhadap halaju objek yang bergerak di dalam bendalir tersebut, relatif terhadap titik luar yang tetap; iaitu perbezaan vektor antara halaju objek relatif terhadap bendalir dengan halaju objek yang sama relatif terhadap rujukan tetap. Dalam penerbangan, hanyutan lazimnya dinyatakan sebagai kaitan perbezaan sudut antara arah dan haluan, dan hanya dapat dihasilkan dengan angin silang. Apabila halaju angin selari dengan hala pesawat udara (angin sakal atau angin buritan) hanyutan ini dianggap sifar. 2. Kelajuan arus lautan yang biasa dinyatakan dalam km per hari atau knot. |
updrift | hanyutan menaik | Perikanan | Tiada | Tiada |
leeway | hanyutan | Kejuruteraan | Tiada | , di hala tiupan angin. |
leeway | hanyutan | Geografi | Tiada | Tiada |
drift | hanyutan | Kejuruteraan | Polimer | Pertukaran kandungan polimer ketika pengkopolimeran disebabkan salah satu monomer lebih aktif daripada yang lain. |
drift | hanyutan | Hidrologi | Tiada | Mendapan permukaan yang dihasilkan oleh arus air atau arus udara. (GGT) |
carrier drift | hanyutan pembawa | Fizik | Tiada | Tiada |