chaotic family | keluarga huru-hara | Kejururawatan | Tiada | Keluarga yang kacau-bilau dan ahlinya sering menghadapi krisis antara satu sama lain. |
order/disorder/chaos | tertib/tidak tertib/huru-hara | Kesenian | Seni Bina | Berkaitan dengan struktur susunan dalam seni bina yang boleh dilakukan secara terancang atau tidak terancang tetapi masih dalam satu ketetapan atau undang-undang tertentu. |
chaos | kacau-bilau | Sejarah | Tiada | Kacau-bilau: Keadaan huru-hara atau kucar-kacir. |
civil disorder | kekacauan awam | Sejarah | Tiada | Keadaan kekacauan dan huru-hara disebabkan pelanggaran peraturan yang ditetapkan oleh orang awam melalui tunjuk perasaan dan demonstrasi. |
civil commotion | kegemparan awam | Sejarah | Tiada | Keadaan kacau-bilau atau huru-hara yang ditimbulkan oleh orang awam untuk menunjukkan tentangan kepada pemerintah. |
confusion | kekeliruan | Sejarah | Tiada | Perihal keadaan yang tidak teratur, kucar-kacir atau huru-hara akibat kemusnahan negeri, kekalahan dalam perang dan perampasan kuasa seperti kekalahan tentera Carthaga dengan tentera Rom. |
apprehensive period | tempoh cemas | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tempoh apabila kadar biasa untuk insurans rusuhan dan huru-hara digantung disebabkan kekacauan sedang atau akan berlaku. |
extended coverage endorsement | endorsemen perlindungan diperluas | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Endorsemen yang memperluaskan sesuatu polisi kebakaran untuk melindungi peril berikut: ribut, taufan, hujan batu, letupan, rusuhan, huru-hara, kerosakan akibat pesawat terhempas, kenderaan dan asap. |
dichotomy of politics and administration | dikotomi politik-pentadbiran | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Satu pembahagian yang menjelaskan bidang kuasa di antara pentadbiran dengan politik. Pentadbiran lebih kepada pengurusan hendaklah berasingan dengan politik yang berkait rapat dengan pembuatan dasar atau polisi. Politik pada asasnya merupakan kegiatan yang berkaitan dengan parti politik, kuasa politik dan bagaimana menggunakan kuasa itu. Pentadbiran pula merupakan perjalanan kerajaan sehari-hari dan berkaitan dengan keamanan supaya negara tidak huru-hara. Jelasnya bahawa pentadbiran memelihara keadaan semasa dan tidak ada kaitan secara langsung dengan parti. Politik berkait rapat dengan pembuatan dasar manakala pentadbiran adalah berkaitan dengan segala pelaksanaan dasar atau polisi serta mengenakan batasan-batasan tertentu terhadap setiap pelaksanaan tersebut. Pengasingan politik daripada pentadbiran mempunyai dua andaian dasar iaitu, (i) Politik boleh dipisahkan daripada pentadbiran, dan (ii) Pentadbiran boleh dikembangkan menurut garis-garis saintifik. |
anthropomorphism | antropomofisme | Kesusasteraan | Tiada | Pemberian sifat manusia dalam karya sastera kepada haiwan, benda yang tidak bernyawa, dan kuasa yang abstrak seperti Tuhan. Karya berunsur antropomorfisme yang termasyhur ialah Animal Farm oleh George Orwell yang merupakan satira terhadap Revolusi Rusia. Dalam karya ini, binatang ternakan yang asalnya dimiliki oleh peladang yang mabuk telah berjaya memerdekakan diri, mengambil alih ladang itu, dan mengerjakannya sendiri seperti manusia. Namun, timbul huru-hara sehingga ladang itu kucar-kacir kerana binatang yang mentadbirkannya bertindak zalim seperti pemiliknya terdahulu. Di Malaysia, karya yang memperlihatkan corak cerita yang sama ialah Tikus Rahmat oleh Hassan Ibrahim. Di Indonesia terdapat cerpen �Langit Makin Mendung� oleh Kipandjikusmin yang memberikan sifat manusia kepada Tuhan. Antropomorfisme digunakan untuk membangkitkan rasa empati dalam sastera. Kebanyakan pengarang cerita kiasan lebih cenderung memperlihatkan unsur ini. Antropomorfisme berasal daripada perkataan Yunani anthropos yang bererti |