opening remark | kata alu-aluan | Komunikasi | Korporat | 1. Ucapan yang disampaikan oleh penganjur sesuatu acara untuk mengalu-alukan kehadiran khalayak. Ucapan biasanya mengandungi kata penghargaan, menjelaskan maksud acara, pernyataan hasrat supaya acara berjalan lancar, dan harapan agar khalayak berpuas hati dengan acara yang dianjurkan. Fungsi utama kata alu-aluan adalah untuk mewujudkan daya tarikan, menyemai keakraban, dan membina keyakinan khalayak terhadap organisasi. Ucapan biasanya disampaikan oleh ketua sesebuah organisasi atau wakil ketua organisasi. Tempoh penyampaian kata alu-aluan lebih singkat berbanding ucapan utama. Perkataan dan ayat yang digunakan oleh penyampai biasanya dipilih dan diolah secara strategik untuk memastikan ucapan tersebut mendapat perhatian. Sinonim ucapan alu-aluan. 2. Kata-kata yang ditulis dalam buku cenderamata untuk sesuatu acara atau majlis. Kata-kata biasanya ditulis oleh pihak yang bertanggungjawab secara langsung dengan acara atau majlis. Kata-kata ini biasanya ditulis oleh pihak yang bertanggungjawab secara langsung d |