contractor's all risks policy | polisi semua risiko kontraktor | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Insurans yang melindungi kerosakan kepada harta-harta di tapak binaan dan liabiliti kepada pihak ketiga oleh semua sebab, tertakluk kepada pengecualian yang ditetapkan dalam polisi. |
diplomatic privileges | hak istimewa diplomat | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Hak yang khusus bagi kedutaan, duta, pegawai kedutaan, ahli keluarga termasuk harta-harta yang dimiliki. Hak istimewa diplomat merupakan satu adat dan telah dikanunkan dalam Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961. Hak istimewa diplomat ini diberi untuk memastikan diplomat menjalankan tugas yang berkesan, seterusnya menggalakkan hubungan baik antara negara. Contoh hak istimewa diplomat ialah kekebalan daripada bidang kuasa jenayah, sivil dan pentadbiran negara penerima, dan ketakbolehcabulan daripada ditahan, ditangkap, digeledah, dicederakan atau dibunuh. Harta mereka juga tidak boleh ditahan, digeledah atau disita. Walaupun kedutaan dan diplomat perlu mematuhi larangan dan sekatan dalam mengimport barangan, tetapi mereka mempunyai hak untuk tidak dikenakan cukai atau duti terhadap barangan import yang dibawa masuk bagi kegunaan rasmi atau peribadi. Hak istimewa diplomat ada yang bersifat mutlak, dan ada juga yang bersifat tidak mutlak. Sinonim keistimewaan diplomatik. |
tasarruf maliy | tasaruf harta/pengurusan harta | Perniagaan Islam | Tiada | Tindakan individu menguruskan harta miliknya mengikut syarat tertentu. Pengurusan harta dibenarkan bagi individu yang mempunyai keupayaan atau kelayakan, iaitu dewasa, waras dan tidak muflis. |
istibdal waqf | istibdal wakaf | Ekonomi | Ekonomi Islam | Tindakan atau amalan menggantikan harta wakaf tertentu dengan harta lain. Penggantian harta wakaf boleh dilakukan sama ada melalui tukaran, jualan atau belian mengikut tuntutan syarak. Tujuan istibdal adalah untuk mendapatkan harta yang lebih baik dengan mengekalkan tujuan asal wakaf tersebut supaya pahala daripadanya terus dinikmati oleh wakif berkenaan. Segala syarat wakaf yang telah dibuat oleh wakif terhadap harta asal akan terpakai terhadap harta baru ini. Kuasa untuk melakukan istibdal wakaf diberikan kepada nazir wakaf apabila didapati harta wakaf berkenaan tidak lagi boleh dimanfaatkan akibat pelbagai faktor. Contohnya, beberapa tanah wakaf yang bersaiz kecil dan terletak bertaburan pada banyak tempat biasanya tidak boleh menghasilkan manfaat yang sewajarnya. Dengan kuasa tertentu, nazir wakaf akan melakukan istibdal dengan cara menjual tanah berkenaan dan wang hasil jualan digunakan untuk membeli sebidang tanah yang lebih luas atau lebih strategik sehingga mampu memberi manfaat yang jauh lebih baik. |
subsitute property waqf | harta wakaf badal | Ekonomi | Ekonomi Islam | Harta baru yang diperoleh dan digunakan bagi menggantikan harta wakaf asal dalam proses istibdal wakaf. Harta wakaf ini diperoleh melalui tukaran atau pembelian daripada wang hasil jualan harta wakaf yang asal. Nazir wakaf mestilah memastikan bahawa manfaat harta wakaf badal lebih besar daripada manfaat harta wakaf yang asal. |
Immediate participation guaranteed plan | pelan sertaan segera terjamin | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kontrak yang menjamin insured menyertai suatu skim pencen yang mengambil kira pengalaman sebenar dari segi kemortalan, belanja, faedah, pendapatan untung/rugi akibat jualan harta-harta pelaburan. |
actual cash value | nilai tunai sebenar | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Nilai harta ketika harta itu hilang atau rosak yang ditentukan dengan menolak susut nilai harta tersebut daripada kos gantiannya. |
contract of ownership | kontrak memberi hak milik | Ekonomi | Ekonomi Islam | Kontrak yang membolehkan pemindahan hak milik sesuatu harta atau manfaat harta berlaku antara pihak yang terlibat. Kontrak ini terbahagi kepada kontrak pertukaran dan kontrak kebajikan. Pemindahan hak milik harta berlaku dari segi kedua-dua fizikal dan manfaat harta manakala pemindahan manfaat harta tidak melibatkan perpindahan milik fizikal harta. |
pawn item delivery | penyerahan barang gadaian | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pemberian kuasa pengurusan barang daripada penggadai kepada pegadai. Hal ini bermakna, penggadai memberi kuasa mengurus harta gadaian kepada pegadai. Kaedah penyerahan pengurusan bergantung pada jenis harta yang digadaikan sama ada harta alih atau harta tak alih. Bagi harta alih, penggadai dikehendaki menyerahkan harta secara fizikal untuk disimpan dan diuruskan oleh pegadai. Contohnya, emas, pakaian dan haiwan. Bagi harta tak alih pula, penyerahan memadai dari sudut pengurusan sahaja melalui surat pemberian kuasa. Contohnya, tanah dan rumah. |
mal mutaqawwam | harta bernilai | Perniagaan Islam | Tiada | Harta yang menurut syarak boleh dimiliki, berfaedah dan boleh dinikmati dalam semua keadaan tanpa sebarang halangan atau darurat. Harta ini termasuk harta ‘aqar, manqul dan makanan. |