Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.rung] | هاروڠ

Definisi : ; mengharung, mengharungi 1. ber­­jalan menyeberangi air (semak, sungai, dll), meranduk: takut ~ air yg deras; budak itu sedang ~ sungai; ~ belukar berjalan melalui belukar; 2. menempuh, melayari (lautan dll): sedang kami ~ lautan India, angin turun dgn hebatnya; kegagahan wau ~ angkasa; 3. ki menghadapi (mengalami) kesusahan (kesukaran dsb): kejayaan dicapai setelah ~ berbagai-bagai kesulitan; harung-harung, harung-harungan 1. tem­pat orang mengharung (bahagian sungai dll yg tidak dalam); 2. laut yg boleh dilayari; pengharungan perihal (perbuatan dsb) men­g­­­­harung(i). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.rung] | هاروڠ

Definisi : ; mengharung mengganggu, meng­haru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.rung] | هاروڠ

Definisi : ; tali ~ tali utk menambat kuda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.rung] | هاروڠ

Definisi : ; mengharung 1 berjalan ke seberang (sungai dsb); berjalan dlm air (anak sungai, semak dll); meranduk: Utk sampai ke tempat itu, mereka terpaksa ~ anak sungai dan bencah. 2 belayar (di lautan dll); menempuh (lautan): Setelah tujuh hari tujuh malam ~ ombak dan ge­lombang, akhirnya mereka pun terdampar di sebuah pulau. mengharungi 1 berjalan menyeberangi anak sungai, belukar dll: Kerana tidak ada titian, mereka terpaksa ~ anak sungai itu. 2 belayar melalui laut atau sungai dgn kapal, perahu dll; melayari: Dgn kapal itu, dia telah berjaya ~ Lautan Pasifik. 3 ki melalui (mengalami, menghadapi) sesuatu kesukaran, kepahitan dsb: Dia tetap tabah dlm ~ hidup yg penuh cabaran ini. harungan 1 bahagian sungai dll yg tidak dalam; tempat orang mengharung. 2 laut yg dpt dilalui kapal. pengharungan perbuatan mengharung atau mengharungi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harung
Kata Terbitan : mengharungi,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
boringpenggerekan; harung paksaGeografiTiadaTiada
waderssut harungPerikananTiadaPakaian kalis air yang dipakai hingga ke paras dada dan digunakan oleh pemancing untuk meredah atau mengharung air.
wading measurementpengukuran harungHidrologiTiadaPengukuran luahan yang dibuat oleh seorang pencerap dengan mengharung lintas sungai.
course made goodhaluan harungGeografiTiadaTiada

Kembali ke atas