fire point | takat nyala | Kejuruteraan | Tiada | 1.Suhu hasil-hasil petroleum terus menyala selepas pencucuhan dilakukan ke atasnya, dan bergantung kepada unsur yang terkandung di dalam hasil petroleum tersebut dan tekanan sekitaran yang berkenaan. |
recover | pulih | Kejuruteraan | Tiada | 1. Menuleni dan menggunakan semula hasil-hasil sisa proses kimia industri.,2. Kembali ke keadaan asal, misalnya pegas yang kembali ke panjang asalnya setelah diregang dalam had keanjalannya. |
byproduct | hasil sampingan | Geologi | Tiada | 1. Hasil proses pembuatan yang tidak dianggap sebagai hasil utama; hasil sekunder atau hasil tambahan. |
bacteriotherapy | bakterioterapi | Perubatan | Tiada | Kaedah merawat penyakit melalui suntikan atau inokulasi bakteria atau hasil-hasil bakteria. |
pulp | pulpa | Kejuruteraan | Tiada | 5. Bahan selulosa yang terhasil dengan menyusutkan kayu secara mekanik atau kimia, digunakan untuk membuat kertas dan hasil-hasil selulosa. Sinonim: pulpa kayu |
lyophilization | liofilisasi | Perubatan | Tiada | Proses membuat sediaan bahan-bahan biologi, misalnya plasma, serum dan lain-lain, melalui pembekuan cepat, diikuti oleh dehidrasi, hasil-hasil sejuk beku di bawah vakum tinggi. |
regeneration | pemulihan; penjanaan semula | Kejuruteraan | Tiada | 3. Penggantian atau pembentukan semula data yang terstor, misalnya dalam daftar komputer atau tiub storan cas.,4. Pemprosesan semula bahan api nuklear dengan pengenyahan hasil-hasil pembelahan.,5. Pemulihan reaktor daripada kesan zenon atau peracunan lain. |
push-pull circuit | litar tolak tarik | Kejuruteraan | Tiada | Litar yang mengandung dua unsur serupa yang beroperasi pada hubungan fasa 180o untuk menghasilkan komponen-komponen keluaran tambah bagi gelombang yang dikehendaki dan pembatalan hasil-hasil tertentu yang tidak dikehendaki. |
equilibrium quotient | hasil bahagi keseimbangan | Kimia | Tiada | Hasil darab kepekatan hasil tindak balas, dibahagi dengan hasil darab kepekatan bahan tindak balas, setiap kepekatan ditingkatkan kepada kuasa pekali masing-masing dalam persamaan tindak balas. |
decay product | hasil susut/hasil reput | Kejuruteraan | Tiada | Sebarang nuklid yang berasal dari nuklid tertentu, yang dinamai induk, melalui penyusutan radioaktif. |