Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Mat) jawaban atau dapatan drpd mendarab; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : angka yg diperoleh dgn mendarabkan dua angka atau lebih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hasil (kata nama)
1. Rujuk dapat pendapatan

2. Rujuk panen

3. Bersinonim dengan keputusan: jawapan, penyelesaian, kesudahan,

4. Bersinonim dengan akibat: kesan, padah, reaksi, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berhasil, menghasilkan, keberhasilan, penghasilan, penghasil,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dot producthasil darabMatematikTiadaHasil darab yang bernilai skalar bagi dua vektor. Diberi dua vektor A dan B, hasil darab bintik bagi A dan B ialah hasil darab magnitud A dan B dan kosinus sudut di antara A dan B; sekiranya A = (a1, a2, a3) dan B = (b1, b2, b3), hasil darab bintik A dengan B ialah a1b1 + a2b2 +a3b3. Hasil darab bintik bagi A dan B biasanya diwakili dengan A . B. Sinonim hasil darab skalar.
cross producthasil darab pangkahMatematikTiadaHasil darab yang berbentuk vektor bagi dua vektor bermatra tiga. Diberi vektor v dan w, hasil darab v dengan w, yang ditulis sebagai v x w ialah vektor dengan magnitud bersamaan dengan hasil darab magnitud A dan B dan sinus sudut di antara v dan w, dan arahnya serenjang dengan kedua-dua v dan w, dan arahnya serenjang dengan kedua-dua v dan w, seperti dalam rajah.
products of inertiahasil darab sifatekunMekanikGunaanUkuran bagi agihan jisim jasad terhadap dua satah berortogon. Hasil darab sifatekun bagi unsur pembeza berjisim dm ditaakrifkan sebagai ‘hasil darab dm dengan jarak serenjang dari satah berkenaan ke unsur itu’. Misalnya, hasil darab sifatekun unsur tersebut terhadap satah x-z dan satah y-z diberikan oleh sebutan dIxy = xy dm, dengan x, y masing-masing merupakan jarak unsur dm dari paksi-x (satah x-z) dan dari paksi-y (satah y-z).
cross producthasil darab silangMekanikGunaanHasil darab bagi dua vektor, A dan B, yang ditakrifkan oleh hubungan, A x B = AB kos θ n dengan θ sebagai sudut di antara dua vektor berkenaan dan n pula vektor unit yang normal ke satah yang mengandungi A dan B. AB kos θ ialah magnitud vektor hasil darab tersebut dan n mewakili arah dan hala vektor itu. Hala n ditentukan melalui peraturan tangan kanan. Hasil darab silang kerap digunakan dalam ilmu mekanik untuk menentukan momen sesuatu daya, terutamanya bagi kes 3-D. (Momen M bagi daya F di sekitar paksi yang tertentu ditakrifkan sebagai M = r x F, dengan r sebagai vektor kedudukan sebarang titik pada garis tindakan F, diukur dari paksi berkenaan). Hasil darab ini juga dinamai hasil darab vektor. Lihat juga peraturan tangan kanan.
ionic producthasil darab ionKimiaTiadaHasil darab kepekatan ion di dalam larutan dengan mengambil kira stoikiometri larutan tersebut. Misalnya, air tulen yang mengalami penswaionan yang sedikit, H2O + H2O ⇋ H3O+ + OH-. Dengan itu pemalar keseimbangan Kw = [H3O+][OH-] ialah hasil darab ion bagi air yang bersamaan 1.0 x 10-14 mol2dm-6 pada tekanan 1 atm dan suhu 25oC.
direct producthasil darab langsung; hasil darab terusFizikTiadaTiada
direct producthasil darab langsung; hasil darab terusMatematikTiadaTiada
dot producthasil darab bintikMekanikGunaanKuantiti skalar yang diperoleh dengan mendarab dua vektor A dan B berdasarkan takrif, A . B = AB kos θ dengan θ sebagai sudut tirus di antara dua vektor itu. Hasil darab ini boleh dilihat sebagai magnitud A didarab dengan magnitus kompnen B di arah A, ataupun sebagai magnitud B didarab dengan magnitud komponen A di arah B. Dalam mekanik gunaan, hasil darab bintik mempunyai beberpa kegunaan. Dua kegunaannya yang utama ialah untuk melerai vektor 9misalnya untuk melerai vektor V pada arah paksi-x yang arah positifnya diperihalkan oleh vektor unit i, (Vx = V . i) dan untuk menghitung kerja U yang dilakukan oleh daya F apabila daya itu tersesar dengan sesaran ds (U = F . ds). Hasil darab bintik ini juga dinamai hasil darab skalar.
cross producthasil darab silangKejuruteraanTiadaHasil darab dua vektor A dan B yang ditakrif oleh hubungan A x B = AB kos 0n, dengan 0 sebagai sudut tirus di antara dua vektor yang berkenaan dan n pula sebagai vektor unit yang normal ke satah yang mengandungi A dan B.
scalar producthasil darab skalaMekanikGunaanLihat hasil darab bintik.
12345678910...

Kembali ke atas