pentastich | pancabaris | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengandungi lima baris serangkap tetapi tidak semua rangkap lima baris. Contohnya, puisi "Pantai Seribu Tafsiran" karya Zurinah Hassan. Puisi ini yang terdiri daripada lima rangkap, hanya rangkap pertama sahaja mengandungi lima baris seperti di bawah. Seorang di pantai antara keluh sayu bawah pohon ru diusap rindu ciuman pada daerah betapa tiada teman dalam mencecah dan dijengah ragam wajah. Di bawah pancar mentari pun terasa panas bahang niat yang meniti tidak ketemu garis puas Mutiara timur antara tanah taburan hati sama hanyut di arus harapan berkocak bagai laut berombak di mana sayup begitu pun gelodak hidup tidak ketahui warna esok pintu dijelajah antara keganasan kerana mata udah di bintang hati udah di bulan. Aku mahu berdagang bagai kapal-kapal labuhan di air berkaca yang tidak bisa kerontang begitu niat membalut dada penuh impian. Dari mata turun ke hati bicara semalam ke lusa perhitung rindu di puncak dahaga tidak mahu patah di jalan basah banjir doa antara usaha |
double plot | dwiplot | Kesenian | Drama dan Teater | Drama yang mengemukakan dua jalan cerita seperti kisah yang berbentuk drama dalam drama. Contohnya, Anak Tanjungkarya Noordin Hassan. |
lay | puisi dendang | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang diciptakan untuk dinyanyikan dengan tujuan menghiburkan khalayak. Antara contoh puisi yang dilagukan ialah puisi "Sepanjang Jalan" karya Zurinah Hassan. Sepanjang jalan ke Pulau Pinang laut mengimbau sayu ombak-ombak ini hatiku berhasrat tiada tepi pecah di pantai berbuih cuma . Sepanjang jalan ke Pulau Pinang hujan memberi Iagu angin menampar ke tiap ruang rasa berhiba-hiba awan pilu. |
jongleur | pelipur Iara | Kesusasteraan | Puisi | lndividu atau tokoh yang kerjanya menceritakan sesuatu puisi atau syair dengan tujuan untuk menjadi hiburan, terutama di kalangan masyarakat tradisional. Contohnya, Pawang Ana dan Mir Hassan. |
satire | satira | Kesenian | Drama dan Teater | Gaya parodi atau sindiran dalam karya seni atau sastera untuk tujuan kritikan sosial. Watak dalam karya jenis ini biasanya terdiri daripada haiwan atau tumbuh-tumbuhan. Contohnya, novel Tikus Rahmatkarya Hassan Ibrahim. |
metacriticism | metakritikan | Kesusasteraan | Tiada | Wacana kritikan yang meneliti prinsip, asas, dan kaedah kritikan sastera. Contohnya, penulisan teori yang mengetengahkan fungsi kritikan seperti dalam buku The Anatomy of Criticism hyang ditulis oleh Northrop Frye, manakala buku Medan-medan dalam Sistem Persuratan Melayu oleh Mohd. Affandi Hassan pula mempersoalkan gagasan dalam buku Puitika Melayu oleh SN Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh. |
khiyar naqd | pilihan wang | Perniagaan Islam | Tiada | Hak pemilihan penjual dan pembeli yang membuat persetujuan semasa akad. Sekiranya pembeli tidak membayar wang dalam tempoh tertentu dan/atau penjual mengembalikan wang bayaran, maka jual beli tidak berlaku atau terbatal. Mazhab Hanafi dan Hambali berpendapat, khiyar ini merupakan satu cabang daripada khiyar syarat dan khiyar ini sah dalam tempoh tiga hari. Walau bagaimanapun, mengikut Muhammad bin al-Hassan al-Shaibani, pihak berakad bebas menetapkan tempoh. Khiyar ini akan terbatal disebabkan kematian pembeli, pembeli menguruskan barangan yang dibeli dengan menjualnya atau cara lain dalam tempoh khiyar sebelum harga dibayar, pembeli merosakkan produk yang dibelinya pada masa khiyar, dan pembeli telah menyebabkan kecacatan produk dan tidak boleh mengembalikan semula kepada penjual serta pada waktu itu bayaran belum dijelaskan. Penjual diberi pilihan sama ada mengambil semula produk atau tidak, tetapi berhak meminta bayaran penuh. |
drama | drama | Kesenian | Drama dan Teater | Bentuk persembahan yang diolah mengikut bahagian-bahagian dan dilakonkan di pentas, radio, atau televisyen. Sifat drama boleh berbentuk sebenar, mengajuk, meniru daripada kebenaran lalu, atau boleh bersifat rekaan semata-mata. Terdapat pelbagai jenis drama yang mempunyai genre masing-masing seperti drama tragedi, drama komedi, drama bacaan dan sebagainya. Contoh drama Melayu ialah Gongdan Orang-orang Pulauoleh Hassan Saprin dan Si Bongkok Tanjung Puterioleh Shahrom Hussien. |
dramatic style | gaya drama | Kesenian | Drama dan Teater | Cara penulisan atau persembahan drama dan teater yang memperlihatkan sifat dan ciri-ciri berbeza. Perbezaan ini bergantung pada latar zaman, ideologi, aliran dan identiti kepengarangan itu sendiri. Contohnya, di Malaysia gaya drama 60-an berbeza dengan gaya drama dekad 70-an dan gaya drama Kala Dewata berbeza dengan gaya drama Noordin Hassan. |
shi�r | shi�r | Kesusasteraan | Tiada | Suatu ungkapan kata-kata yang sengaja diberikan wazan. Wazan ialah pembentukan perkataan berdasarkan bilangan, huruf dan sebutan serta mempunyai qafiah, iaitu huruf akhir dalam bait. Ungkapan kata-kata yang mempunyai wazan dan qafiah mempunyai unsur imaginasi atau khayalan yang indah serta melukiskan peristiwa yang ada. Unsur asasi dalam sesebuah shi�r Arab ialah perkataan, bahasa, wazan, qafiah, qasad dan khayalan. Antara penulis shi�r yang terkenal ialah Hassan ibn Thabit. Shi�r dalam bahasa Arab bermaksud �puisi�. Lihat juga syair. |