Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep hari bulan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hb


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Hb dissociation curvekeluk disosiasi HbPerubatanTiadaTiada
shofar (Hb)shofarKesenianTiadaAlat tiup yang diperbuat daripada tanduk kambing.
haemoglobinhemoglobinVeterinarTiadaSimbol: Hb. Sejenis kromoprotein iaitu bahan organik kompleks yang mengandungi protein (globin) dan pigmen yang mengandungi ferum (hem) yang memberikan warna merah pada darah. Bahan ini berfungsi untuk menyerap oksigen dari udara di dalam paru-paru dan membawa oksigen ke tisu badan. Ia wujud dalam dua bentuk iaitu karboksihemoglobin yang terdapat dalam darah vena dan oksihemoglobin yang terdapat dalam darah arteri. Oksihemoglobin berwarna merah cerah dengan ketepuan oksigen sebanyak 97%. Karboksihemoglobin berwarna merah gelap dengan ketepuan oksigen antara 20-70% bergantung kepada kadar oksigen yang digunakan oleh tisu berkaitan.
carboxyhaemoglobinkarboksihemoglobinKimiaForensikFormula kimia, CO-Hb. Sebatian yang terhasil apabila gas karbon monoksida terikat kepada sel darah meralj. Bahan ini menyekat tapak pada sel yang membawa oksigen, dan mengehadkan keupayaan darah untuk membawa oksigen.
bufferpenimbalPerubatanTiadaBahan dalam darah yang berfungsi untuk mengimbangi keasidan atau kebesan darah. Contohnya, bikarbonat HCO₃⁻), hemoglobin (Hb), fosfat (PO₄⁻) dan protein.
Navier-Stokes equationpersamaan Navier-StokesFizikAkustikPersamaan yang menjelaskan sifat perambatan bunyi dalam bendalir likat dan diungkapkan sebagai, = ketumpatan; = halaju; h = pekali kelikatan ricih; hb = pekali kelikatan pukal)
haemoglobinhemoglobinKimiaTiadaPigmen respirasi sel darah merah yang terdiri daripada protein dengan empat rantai polipeptida yang terikat pada empat molekul hem. Setiap molekul hemoglobin, singkatannya Hb, dapat bergabung dengan satu molekul oksigen untuk membentuk oksihemoglobin, HbO2. Hem mengandungi ferum dalam keadaan terturun untuk membolehkan hemoglobin bergabung dengan oksigen. Hemoglobin memindahkan oksigen dari paru-paru ke tisu dan memindahkan karbon dioksida dari tisu ke paru-paru.
carbon monoxide poisoningkeracunan karbon monoksidaKimiaForensikKeracunan akibat penyedutan gas karbon monoksida (formula kimia, CO), iaitu gas tak berwarna, tak berbau dan oleh itu berbahaya kerana tidak mempunyai sifat amaran. Gas ini terbentuk daripada pembakaran tak lengkap bahan organik, dan kebanyakannya terbebas daripada ekzos kenderaan, asap rokok dan pemanas gas. Apabila tersedut, gas ini bergabung dengan hemoglobin dalam sel darah merah untuk membentuk karboksihemoglobin (CO-Hg) yang 210 kali lebih stabil berbanding dengan oksihemoglobin (O2-Hb), lalu mengganggu pengangkutan oksigen dalam darah. Penyedutan pada kepekatan 30 ppm selama 8 jam adalah cukup untuk menyebabkan sakit kepala dan rasa loya bagi kebanyakan orang, dan pada kepekatan 0.1 % (1000 ppm) selama 4 jam mungkin menyebabkan mati. Dalam industri, had pendedahan ialah 35 ppm. Tanda keracunan ialah kulit berwarna merah jambu. Dalam ruang tertutup yang kecil, pendedahan kepada gas ini mengakibatkan kematian dalam beberapa minit sahaja.

Kembali ke atas